Mohon Bantuan Am Persekutuan RM350. Bantuan dibayar setiap bulan

Mohon Bantuan Am Persekutuan RM350. Bantuan dibayar setiap bulan. Setiap negeri turut mempunyai Skim Bantuan Am NegeriĀ  tersendiri.

Syarat-syarat kelayakan dan kadar bantuan adalah tidak seragam dan had bantuan berbeza setiap negeri masing-masing. Permohonan boleh dilakukan di Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian yang terdekat.

Bantuan Am Persekutuan

Bantuan Am Persekutuan adalah sebuah bantuan yang diperkenalkan oleh JKM dengan objektif utamanya untuk membantu individu atau keluarga kurang berkemampuan dan berkeperluan bagi meneruskan kelangsungan serta kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.

Jumlah bayaran Bantuan Am Persekutuan adalah sebanyak minima RM100 sebulan seorang dan maksimum RM350 sekeluarga. Bantuan ini diberikan secara bulanan iaitu akan dikreditkan setiap bulan kepada penerima yang layak dan diluluskan permohonan mereka.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara dan bermastautin di Wilayah Persekutuan
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi:
    • Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) purata miskin isi rumah semasa; atau
    • PGK purata miskin Per Kapita Semasa
  • Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah mana-mana skim bantuan bulanan JKM lain.

Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) ialah pendapatan isi rumah (bulanan) yang disediakan oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (UPE, JPM) setiap dua tahun sekali. Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Makanan 2023 iaitu RM1,198 sebulan.

Pendapatan per kapita adalah jumlah pendapatan kesemua orang dalam sesebuah isi rumah sebulan dan dibahagikan dengan bilangan orang dalam isi rumah tersebut.

Mohon Bantuan Am Persekutuan

Bagi mereka yang menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan Bantuan Am Persekutuan ini boleh dibuat di Pejabat Kebajikan Masyarakat dalam Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan). Hal ini kerana, Bantuan Am ini hanya terbuka untuk mereka yang bermastautin di Wilayah Persekutuan sahaja.

Untuk memudahkan urusan permohonan, pemohon hendaklah membawa dokumen-dokumen berikut ketika mengemukakan permohonan:

  • Salinan Kad Pengenalan diri pemohon;
  • Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama;
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama;
  • Salinan penyata gaji (jika ada);
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan.

Untuk maklumat lebih lengkap berkenaan bantuan ini dan mendapatkan borang permohonan, sila rujuk di Portal Rasmi JKM ā€“ DI SINI.

Selain itu, setiap negeri turut mempunyai Skim Bantuan Am NegeriĀ  tersendiri. Syarat-syarat kelayakan dan kadar bantuan adalah tidak seragam dan had bantuan berbeza setiap negeri masing-masing. Permohonan boleh dilakukan di Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian yang terdekat.

Di bawah Belanjawan 2024, pelbagai lagi bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan antaranya seperti menanggung bayaran ujian memandu bagi lesen motosikal kelas B2, ehailing dan teksi untuk manfaat lebih 40,000 belia daripada keluarga kurang mampu.

Sebanyak 100 ribu topi keledar termasuk untuk kanak-kanak juga akan dibekalkan bagi diagih secara percuma kepada keluarga kurang mampu. Kerajaan turut memperkenalkan ikhtiar FLYsiswa iaitu bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan bagi mengurangkan beban kewangan pelajar yang ingin pulang ke kampung halaman.

Bagi tahun 2024, ikhtiar FLYsiswa akan diteruskan untuk manfaat hampir 60,000 pelajar daripada keluarga kurang mampu terutama di Sabah dan Sarawak.

Bagi membudaya semangat kesukarelawanan dalam kalangan belia berusia 18 hingga 20 tahun, Kerajaan akan menerapkan konsep ā€œpay it forwardā€ iaitu ganjaran RN500 kepada golongan belia yang berjaya melakukan aktiviti kesukarelawanan dengan badan yang diiktiraf oleh Kerajaan.

Program Rakan Muda juga telah diberi nafas baharu dalam usaha membentuk jati diri dan keperibadian anak muda Malaysia. RM20 juta disediakan untuk Rakan Muda memperbanyak pengisian program-program belia.

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top