Mohon Bantuan Am Persekutuan RM350 Untuk Seisi Keluarga

Terdapat pelbagai bantuan yang diberikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat belum diketahui umum.

Seperti Bantuan Am (BA) Perkekutuan ini, dimana ianya boleh dimohon secara dalam talian, dengan kadar bantuan RM100 sehingga maksima RM350 untuk sebulan bagi kepada keluarga awam yang layak.

Untuk pengetahuan umum, Jabatan Kebajikan Masyarakat merupakan badan kerajaan yang berperanan menjaga kebajikan golongan sasar di Malaysia.

OBJEKTIF utama bantuan ini adalah:
Bantuan ini diberikan kepada individu atau keluarga yang kurang berkemampuan dan berkeperluan untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.

SYARAT KELAYAKAN

  1. Warganegara dan bermastautin di Wilayah Persekutuan;
  2. Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan(PGK) Purata  Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata  Miskin Per Kapita Semasa;
  3. Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah mana-mana skim bantuan bulanan JKM lain; ATAU
  4. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

Informasi kelayakan ini telah dikemaskini oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat pada 03/04/2019

CARA MEMOHON

Berikut adalah cara untuk membuat permohonan bagi Bantuan Am Persekutuan ini :

  • Sila ke web rasmi JKM iaitu : 
    http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp
  • Klik ‘Daftar Permohonan Atas Talian
  • Daftar permohonan mengikut negeri
  • Isikan nombor kad pengenalan
  • Isikan borang berkaitan

Borang Berkaitan (muat turun dari laman website rasmi)

  • JKM 18 Borang Permohonan Bantuan
  • JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan
  • Borang Permohonan Bantuan OKU Pindaan 2019

DOKUMEN SOKONGAN

Bagi memastikan proses permohonan anda berjalan dengan lancar, beberapa dokumen sokongan diperlukan yang anda perlu sediakan 

  • Salinan MyKad Pemohon
  • Salinan MyKad ahli keluarg yang tinggal bersama
  • Salinan kad OKU / slip pendaftaran sementara OKU (jika kategori OKU)
  • Salinan penyata pendapatan / surat akuan pendapatan (jika bekerja sendiri)
  • Salah satu bil utiliti (air / elektrik / telefon / astro)
  • Laporan pegawai perubatan dari hospital / klinik kesihatan kerajaan / swasta (bagi kes OKU tidak bekerja / terlantar / kronik / alat tiruan)

Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.

Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon.

Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

PERHATIAN : Sila hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut Daerah mana yang dipohon dalam tempoh 14 hari dari permohonan dibuat diatas talian.

Kegagalan berbuat demikian sistem akan membatalkan permohonan tersebut secara automatik.

SEMAKAN PERMOHONAN BANTUAN

Kepada anda yang telahpun membuat ataupun sudah menghantar permohonan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat ini, anda bolehlah menyemak akan status permohonan anda melalui portal rasmi yang telah di sediakan bagi memudahkan para pemohon. Berikut adalah cara dan langkah-langkah bagi menyemak status permohonan secara online :

  • Buka laman web rasmi eBantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) : http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp
  • Sila Klik “Semak Status Permohonan Talian
  • Dan masukkan Nombor Kad Pengenalan dan klik “Semak”

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya Anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai JKM, sila hubungi pihak JKM melalui:

  • Telefon : 03 8000 8000
  • Faks : 03 8323 2045
  • Alamat : Jabatan Kebajikan Masyarakat, Aras 6, 9-18, No 55, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya.

Terdapat juga bantuan lain seperti Bantuan Warga Emas sebanyak RM500 sebulan.

Sumber rujukan Portal Rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top