Mohon Bantuan Anak Pelihara

Bantuan Anak Pelihara adalah sebuah pemberian bantuan tunai di bawah Belanjawan 2023 yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang bertujuan untuk menolong kanak-kanak yang kurang bernasib baik, yatim/ yatim piatu, tidak mempunyai saudara-mara untuk terus tinggal di dalam masyarakat bersama-sama dengan keluarga pelihara.

Bantuan Anak Pelihara juga adalah bertujuan untuk meringankan tanggungan keluarga pelihara yang sanggup untuk menjaga anak-anak pelihara seperti anak mereka sendiri.

KADAR UNTUK BANTUAN ANAK PELIHARA

Berikut merupakan kadar untuk Bantuan Anak Pelihara:

  • Kadar bagi Bantuan Anak Pelihara ialah minimum sebanyak RM250 sebulan seorang sehinggalah maksimum sebanyak RM500 sebulan sekeluarga yang memelihara dua (2) orang kanak-kanak ataupun lebih dari itu.

KELAYAKAN BANTUAN ANAK PELIHARA

Berikut merupakan kelayakan untuk Bantuan Anak Pelihara:

  • Keluarga yang sedang memberikan jagaan kepada anak/ kanak-kanak seperti yang berikut:
    • Kanak-kanak berumur bawah 18 tahun;
    • Kanak-kanak yang tidak mempunyai Ibu Bapa; atau
    • Kanak-kanak yang bukan diambil sebagai anak angkat menerusi Akta Pengangkatan 1952 atau Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952
  • Kanak-kanak tinggal bersama dengan keluarga pelihara menerusi:
    • Kanak-kanak yang diambil dari “Program Anak Pelihara” yang dikendalikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM; atau
    • Kanak-kanak yang dipelihara di bawah perintah Mahkamah Bagi Kanak-Kanak mengikut Akta Kanak-Kanak 2001

CARA MEMOHON BANTUAN ANAK PELIHARA

  • Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian di seluruh negara:
  1. Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon 
  2. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak 
  • Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian seperti: 
  1. Salinan Kad Pengenalan diri pemohon; 
  2. Salinan Kad Pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama; 
  3. Salinan sijil kelahiran anak-anak/ahli keluarga yang tinggal bersama; 
  4. Salinan penyata gaji (jika ada); dan 
  5. Lain-lain dokumen yang berkaitan 
  • Pemohon boleh melengkapkan borang berikut: 
  1. JKM 18 Borang Permohonan Bantuan atau 
  2. JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Bantuan Anak Pelihara, sila layari Portal Manfaat di pautan berikut:

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top