Skip to content

Mohon Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP)

Selepas Bajet 2022 di bentang oleh Kerajaan dahulu, terdapat pelbagai manfaat yang di berikan oleh kerajaan kepada rakyat Malaysia.

Salah satunya adalah manfaat kepada rakyat Malaysia yang ingin membeli rumah pertama.

Pihak Mynewskini berkongsi informasi berkaitan dengan Skim Jaminan Kredit Perumahan.

Apakah Itu Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP)

Skim ini adalah bertujuan untuk membantu pembeli rumah pertama yang tidak mempunyai pendapatan tetap seperti pekerja ekonomi gig dan bebas, pemilik perniagaan, peniaga atau usahawan kecil.

Secara ringkas informasi skim ini adalah seperti berikut:

  • Tujuan Pembiayaan
    Pembiayaan gadai janji
  • Had Pembiayaan
    Sehingga RM400,000.00 (termasuk jumlah pembiayaan pokok, MRTA*/MRTT*, LTHO*, yuran guaman dan yuran penilaian)
  • Jenis Pembiayaan
    Pinjaman/ pembiayan bertempoh
  • Tempoh Pembiayaan
    Sehingga 35 tahun atau sehingga tempoh pembiayaan, mana-mana yang terdahulu (pinjaman dua generasi dibenarkan)
  • Jaminan Pembiayaan
    Jaminan 100% atas jumlah pembiayaan pokok (termasuk MRTA*/MRTT*, LTHO*, yuran guaman dan yuran penilaian) yang diperolehi daripada Institusi-Institusi Kewangan yang terlibat
  • Kadar Faedah/ Keuntungan
    Seperti yang ditetapkan oleh Institusi Kewangan yang terlibat
  • Deposit
    Deposit mandatori bersamaan dengan 3 bulan bayaran bulanan

Pemohon yang layak memohon SJKP

  • Warganegara Malaysia berumur 18 tahun keatas. Pinjaman dua generasi dibenarkan
  • Pembelian kali pertama rumah kediaman baru atau rumah sedia ada atau rumah lelongan yang di bawah kategori kos rendah atau sedehana atau mampu milik dan untuk didiami
  • Terbuka untuk rumah kediaman baru atau rumah sedia ada atau rumah lelongan
  • Jumlah bayaran balik kesemua pinjaman pemohon tidak melebihi 65% pendapatan kasar bulanan
  • Tiada rekod tertunggak CCRIS* melebihi 2 bulan bagi tempoh 12 bulan terkini
  • Tiada lain-lain rekod kredit yang negatif dalam tempoh 24 bulan

Cara-cara untuk memohon SJKP

  • Permohonan mestilah dibuat di mana-mana cawangan institusi-institusi kewangan (IKP) yang turut serta dalam skim ini dan bukan secara terus ke pejabat SJKP.
  • Proses Skim Jaminan:
    1. Bakal peminjam mengenal pasti kediaman yang dikehendaki. Selepas itu, memohon dan menyerahkan dokumen yang berkaitan kepada IKP yang terlibat
    2. Institusi Kewangan Terlibat akan menyediakan kemudahan pembiayaan kepada peminjam yang layak
    3. Bank menilai dan menyemak permohonan peminjam dan menghantar permohonan kepada Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (SJKP) bagi jaminan perlindungan
    4. SJKP akan menyemak permohonan dan menyediakan jaminan perlindungan (jika memenuhi kriteria yang ditetapkan)
    5. Institusi Kewagnan mengemukakan surat tawaran (LO) kepada pelanggan setelah berjaya mendapatkan jaminan daripada SJKP
    6. Peminjam menerima LO dan memiliki rumah idaman mereka selepas Institusi Kewangan mengeluarkan pembiaaan
  • Dokumen diperlukan:
    1. Perjanjian asal Jual Beli/ borang tempahan/ resit bayaran muka
    2. Penyata akaun Bank atau deposit 6 bulan terkini (jika ada)
    3. Cukai Pendapatan/ Penyata KWSP Terkini
    4. Surat pengesahan pekerjaan
    5. Salinan Kad Pengenalan pemohon
    6. Surat pengesahan majikan (jika ada)
    7. Lesen perniagaan; atau kad pendaftaran Nelayan; atau permit teksi (yang mana berkenaan)
    8. Surat akuan bekerja sendiri atau penyata pendapatan yang disahkan oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung atau penjawat kerajaan Kategori A, Penghulu/Ketua Kampung atau Pengurus Cawangan Bank

Proses-Proses Skim Jaminan

  1. Pemohon atau peminjam – Bakal pemohon atau peminjam mengenal pasti kediaman yang dikehendaki. Selepas itu memohon dan menyerahkan dokumen yang berkaitan kepada institusi kewangan yang terlibat.
  2. Institusi Kewangan yang terlibat (pembiaya) – Menyediakan kemudahan pembiayaan kepada pemohon yang layak. Bank menilai dan menyemak permohonan peminjam dan menghantar permohonan kepada SJKP bagi jaminan pembiayaan.
  3. SJKP, mengurus skim bagi pihak kerajaan – SJKP menyemak permohonan dan menyediakan jaminan pembiayaan jika memenuhi kriteria yang ditetapkan.
  4. Institusi kewangan terlibat (pembiaya) – Institusi kewangan mengemukakan surat tawaran (LO) kepada pelanggan setelah berjaya mendapatkan jaminan pembiayaan daripada SJKP.
  5. Rumah Idaman Pertama – Peminjam menerima surat tawaran (LO) dan memiliki rumah idaman pertama mereka selepas institusi kewangan mengeluarkan pembiayaan.

Institusi Kewangan Terlibat

Institusi-institusi Kewangan Utama

  1. Agrobank
  2. Bank Islam
  3. Bank Muamalat
  4. Bank Rakyat
  5. Bank Simpanan Nasional (BSN)
  6. RHB Bank

Lain-lain Institusi Kewangan Yang Terlibat


Affin Bank Berhad
Affin Islamic Bank Berhad
Alliance Bank Malaysia Berhad
Alliance Islamic Bank Malaysia Berhad
AmBank (M) Berhad
AmBank Islamic Berhad
Hong Leong Bank Berhad
Hong Leong Islamic Bank Berhad
Malayan Banking Berhad
Maybank Islamic Berhad

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila layari web SJKP atau hubungi melalui:

Alamat
Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (798619-K)
Tingkat 12, Bangunan Setia 1,
15 Lorong Dungun, Bukit Damansara
50490 Kuala Lumpur
Malaysia

Soalan-soalan lazim berkaitan dengan skim ini.

Adakah skim ini untuk Bumiputera sahaja?

Skim ini terbuka untuk semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas.

Berapa lamakah tempoh pembayaran pembiayaan?

Pihak SJKP membenarkan jaminan untuk tempoh pembayaran sehingga 35 tahun atau usia peminjam 65 tahun, mana-mana yang terdahulu. Tetapi ianya bergantung kepada syarat pembiayaan yang dikeluarkan oleh institusi-institusi kewangan sama ada mereka membenarkan tempoh pembiayaan berkenaan.

Saya berniaga sendiri dan tidak mempunyai pendapatan tetap. Isteri saya pula bekerja sebagai kerani di sebuah firma guaman dan mempunyai pendapatan bulanan yang tetap. Adakah kami layak untuk memohon di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan ini?

Ya. Permohonan bersama (oleh suami dan isteri) boleh dilakukan.

Saya berniaga sendiri dengan pendapatan purata bulanan sebanyak RM1,400 dan tidak mempunyai slip gaji bulanan. Adakah saya boleh memohon pinjaman perumahan di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan?

Ya. Skim Jaminan Kredit Perumahan adalah untuk menjamin pembiayaan perumahan bagi golongan yang tidak mempunyai bukti pendapatan bulanan yang tetap tanpa mengira jenis pekerjaan.

Di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan ini, berapakah caj / yuran yang harus dibayar oleh peminjam kepada pihak SJKP?

Tiada caj / yuran yang dikenakan oleh SJKP kepada peminjam.

Saya berminat untuk memohon pembiayaan perumahan di bawah skim jaminan ini. Adakah saya perlu membuat permohonan di pejabat SJKP?

Permohonan mestilah dibuat di mana-mana cawangan institusi-institusi kewangan yang turut serta dalam skim ini dan bukan secara terus ke pejabat SJKP.

Usia saya telah mencecah 55 tahun. Oleh itu tempoh pembayaran pembiayaan hanya tinggal 10 tahun. Bolehkah pembiayaan dibuat bersama dengan anak supaya tempoh pembayaran pembiayaan dapat dipanjangkan?

Pembiayaan 2 generasi boleh dilakukan untuk memanjangkan tempoh pembayaran. Tempoh pembayaran akan dikira berdasarkan usia anak dan dengan syarat umur anak hendaklah sekurang-kurangnya 18 tahun pada tarikh permohonan. Namun, ianya bergantung kepada syarat khusus yang dikeluarkan oleh pihak institusi kewangan.

Soalan lazim selanjutnya boleh di dapati dalam web rasmi SJKP.