Pendaftaran PADU 2024

Pendaftaran PADU 2024 – PADU berperanan untuk memastikan bahawa anda menerima manfaat berbentuk bantuan atau perlindungan (sekiranya layak) daripada pelbagai inisiatif kerajaan berfokuskan rakyat.

PADU mengandungi profil individu dan isi rumah meliputi Warganegara dan Pemastautin Tetap yang berumur 18 tahun ke atas di Malaysia. Maklumat profil ini akan dikemas kini secara berkala menerusi pengintegrasian data pentadbiran daripada pelbagai sumber.

Melalui ekosistem ini, rakyat boleh melakukan semakan dan pengemaskinian maklumat secara terus dalam sistem PADU

OBJEKTIF PADU

Berikut merupakan Objektif PADU:

  • Penyediaan pangkalan data utama negara yang selamat, komprehensif dan “near real time” bagi penghasilan analitik berkala dan digitalisasi tanpa ketirisan.
  • Penggubalan dasar dan proses membuat keputusan berpacukan data.
  • Mengimbangi kedudukan fiskal menerusi pelaksanaan dasar secara bersasar.

MATLAMAT PADU

Berikut merupakan Matlamat PADU:

  • Meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan.
  • Melaksanakan pengukuhan dalam penggunaan sumber yang terhad.
  • Melaksanakan pemerkasaan sistem sosial menerusi peningkatan kesejahteraan ekonomi dan rakyat.
  • Merapatkan jurang sosioekonomi dengan memenuhi keperluan rakyat serta mengimbangi pembangunan.

PENDAFTARAN PADU

Berikut merupakan langkah-langkah Pendaftaran PADU:

Langkah 1: Maklumat Asas

  • Maklumat pendaftaran mestilah sama seperti yang tertera pada Kad Pengenalan. Isikan No. Telefon Bimbit dan e-mel yang sah serta aktif untuk penerimaan OTP (KLIK DISINI: DAFTAR PADU)

Langkah 2: Pengesahan Akaun

  • Anda perlulah mengisi OTP yang diterima menerusi SMS. Permohonan semula diperlukan sekiranya tidak menerima OTP dalam tempoh yang ditetapkan atau tamat tempoh pengisian.

Langkah 3: Tetapkan Kata Laluan

  • Kata Laluan mestilah mengandungi sekurang-kurangnya 8 aksara dengan kombinasi huruf kecil, huruf besar dan simbol istimewa (*%$). Kata laluan ini diperlukan untuk log masuk bagi proses semakan dan juga pengemaskinian maklumat

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai PADU, sila layari Portal PADU di pautan berikut:

KLIK DISINI: PORTAL PADU

Langkah 3: Tetapkan Kata Laluan

  • Kata Laluan mestilah mengandungi sekurang-kurangnya 8 aksara dengan kombinasi huruf kecil, huruf besar dan simbol istimewa (*%$). Kata laluan ini diperlukan untuk log masuk bagi proses semakan dan juga pengemaskinian maklumat

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai PADU, sila layari Portal PADU di pautan berikut:

KLIK DISINI: PORTAL PADU

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top