Skip to content

Pengeluaran Khas KWSP RM10,000

Berita baik kepada warga Malaysia dan pencarum KWSP yang terkesan dari segi ekonomi, di mana Perdana Menteri Malaysia, Ismail Sabri mengumumkan berita pengeluaran khas KWSP pada sidang media hari ini 16 Mac 2022 pada pukul 1.30 petang.

Dalam sidang media berkenaan, PM Ismail Sabri mengatakan bahawa mesyuarat terhadap pengeluaran khas KWSP telah di adakan dengan kementerian kewangan.

Selain daripada itu, beliau juga mengatakan kerajaan telah mendengar, meneliti dan membuat kajian dengan permintaan dari semua pihak terhadap pengeluaran caruman KWSP.

Umum diketahui bahawa kerajaan Malaysia telah banyak membantu rakyat dari segi kewangan sejak pandemik Covid-19 melanda.

Di mana, kerajaan telah membenarkan pengeluaran caruman KWSP, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja melalui tiga skim iaitu, i-Sinar, i-Lestari, dan i-Citra.

Ketiga-tiga skim ini berjumlah sebanyak RM101 bilion, dengan melibatkan 7.34 juta orang pencarum sejak negara Malaysia dilanda pandemik Covid-19 dua tahun lalu.

Namun, masih ramai rakyat yang terkesan dengan ekonomi di mana ramai yang hilang sumber pendapatan dan ramai juga yang sedang membina semula kehidupan.

MERUPAKAN KEPUTUSAN YANG SUKAR

Perdana Menteri, Ismail Sabri, menjelaskan bahawa keputusan membenarkan pengeluaran KWSP ini adalah sukar kerana ia melibatkan simpanan hari tua rakyat.

Dan beliau juga menjelaskan pengeluaran khas ini adalah jalan tengah dalam mengimbangi antara keperluan terdesak hari ini dan simpanan masa hadapan.

“Walaupun kerajaan memberikan kebenaran untuk pengeluaran khas KWSP ini, namun saya merayu kepada pencarum supaya mengekalkan simpanan mereka kecuali keadaan benar-benar mendesak,” katanya di sidang media dan media sosial rasmi.

“Saya berharap para pencarum membuat pertimbangan yang sewajarnya sebelum melakukan pengeluaran, demi masa hadapan.” ujar PM Ismail Sabri lagi di sidang media petang tadi.

Untuk info lanjut mengenai cara pengeluaran khas KWSP ini, Kementerian Kewangan Malaysia dan KWSP akan memberi keterangan lanjut dalam masa terdekat.

Perkara ini diumumkan oleh Perdana Menteri, Ismai Sabri melalui sidang media khas yang disiarkan secara langsung di beberapa stesen televisyen dan platform media sosial.