Pengeluaran Sebahagian KWSP Dibenarkan Mulai April Ini

Pengeluaran sebahagian KWSP dibenarkan pada tahun ini untuk ahli, terdapat beberapa jenis pengeluaran yang dibenarkan dengan menepati terma dan syarat kelayakan.

Sedia maklum, pengeluaran khas KWSP 2.0 yang diharapkan oleh pencarum tidak diluluskan namun terdapat jenis pengeluaran yang dibenarkan pada tahun ini selain daripada pembiayaan FSA 2.

PENGELUARAN SEBAHAGIAN KWSP

Untuk makluman, pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah menawarkan kemudahan pengeluaran yang boleh dilakukan oleh pencarum dengan mengikuti syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Antara kemudahan yang disediakan adalah pengeluaran sebahagian KWSP melalui i-akaun untuk tujuan peribadi tersedia. Senarai jenis pengeluaran yang dibenarkan dan kriteria kelayakan adalah seperti di bawah.

PENGELUARAN SEBAHAGIAN KWSP UNTUK KESIHATAN

  • Warganegara dan bukan warganegara
  • Ahli berumur 55 tahun dan ke bawah
  • Mempunyai baki simpanan di dalam akaun 2 KWSP
  • Kos perubatan tidak dibiayai sepenuhnya oleh majikan – keperluan tambahan
  • Pemohon tidak menerima rawatan alternatif

Keperluan tambahan

  • Kos perubatan tidak dibiayai sepenuhnya oleh majikan
  • Penyakit/ Peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan oleh KWSP *
  • Tidak mendapat rawatan alternatif

MENUNAIKAN IBADAH HAJI

  • Warganegara Malaysia
  • Ahli KWSP
  • Pencarum telah dipilih untuk melakukan ibadah haji oleh pihak LTH (Lembaga Tabung Haji)
  • Berumur 55 tahun kebawah

PENGELUARAN UNTUK MEMBINA RUMAH

  • Ahli KWSP
  • Warganegara Malaysia dan bukan warganegara
  • Umur belum mencapai 50 tahun
  • Pencarum harus mempunyai baki simpanan akaun 2 KWSP sekurang-kurangnya RM500
  • Ahli yang ingin membina rumah diatas tapak tanah sendiri
Pengeluaran Sebahagian KWSP
Sumber KWSP

MENCAPAI UMUR 50 TAHUN

  • Ahli KWSP
  • Warganegara dan bukan warganegara Malaysia
  • Berumur 50 hingga 55 tahun
  • Memiliki simpanan wang KWSP

MENUNAIKAN IBADAH HAJI

  • Warganegara Malaysia
  • Ahli KWSP
  • Pencarum telah dipilih untuk melakukan ibadah haji oleh pihak LTH (Lembaga Tabung Haji)
  • Berumur 55 tahun kebawah

PENGELUARAN MEMBIAYAI PENDIDIKAN

Ahli boleh memilih untuk mengeluarkan simpanan daripada Akaun 2 bagi membantu membiayai pendidikan sendiri, pasangan (suami/isteri), anak-anak dan/atau ibu bapa di institusi dalam dan luar negara yang diluluskan.

Kelayakan

  • Warganegara Malaysia & Bukan Warganegara Berumur 55 tahun ke bawah
  • Mempunyai simpanan dalam Akaun 2
  • Masih meneruskan atau telah menamatkan pengajian peringkat Sijil Tahap 3, diploma dan ke atas (akademik/profesional/berasaskan kemahiran/vokasional)
  • Sedang belajar di institusi dalam negara (sepenuh masa, separuh masa, program jarak jauh dan francais), ATAU
  • Institusi luar negara (program sepenuh masa)

PANDUAN PERMOHONAN PENGELUARAN

Kepada ahli yang ingin membuat permohonan pengeluaran sebahagian KWSP melalui akaun 2. Panduan permohonan telah disediakan, sila layari laman rasmi KWSP – DI SINI

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top