Peraturan Cermin Gelap JPJ PUSPAKOM Yang Dibenarkan

Peraturan Cermin Gelap JPJ dan PUSPAKOM Yang Dibenarkan. Untuk makluman, pemasangan cermin gelap dibenarkan kepada individu tertentu di bawah subkaedah 11(1)(a) dan 11(1)(b), Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Penggunaan Kaca atau Bahan Lutsinar Lain)(Pindaan) 2019.

Bagaimanapun, pemilik kenderaan yang mahu menggelapkan kenderaan mereka melebihi peratusan ditetapkan (lebih gelap) boleh membuat permohonan khas kepada JPJ atas tujuan tertentu.

Tempoh kelulusan adalah selama 2 tahun sahaja.Kelulusan yang telah tamat tempoh perlu membuat permohonan baharu dalam tempoh dua (2) bulan sebelum tempoh kelulusan tamat dan pemohon akan dikenakan jumlah fi yang sama.

Peratusan cermin Gelap JPJ Yang Dibenarkan

Berikut adalah peratusan ketelusan cahaya (VLT) yang dibenarkan: yang di benarkan oleh JPJ:

  • Cermin sisi bahagian pemandu: 50%
  • Cermin depan: 70%
  • Cermin belakang: Dibenarkan gelap sepenuhnya
    *Dengan syarat kenderaan itu dilengkapi dengan cermin pemantul kanan & kiri
  • Cermin sisi penumpang: Dibenarkan gelap sepenuhnya
Peraturan Cermin Gelap JPJ dan PUSPAKOM Yang Dibenarkan

Kelayakan untuk memohon cermin gelap JPJ

Bagi mereka yang ingin memohon cermin yang lebih gelap untuk bahagian pemandu atas sebab khusus seperti:

  • Keselamatan
  • Kesihatan

Setiap permohonan atas faktor keselamatan akan dikenakan fi perkhidmatan sebanyak:

  • Permohonan faktor keselamatan: RM50

Setiap permohonan yang DILULUSKAN akan dikenakan fi sebanyak:

  • Permohonan yang diluluskan: RM5000

Bayaran ini untuk sah laku untuk tempoh selama 2 tahun dan perlu memohon semula jika sudah tamat tempoh.

Syarat dan cara membuat Permohonan cermin Gelap

  1. Pemohon dikehendaki mengemukakan Permohonan kepada Urusetia Bahagian Penguatkuasa JPJ & Cawangan.
  2. Pemohon menggunakan Borang CG1 yang diisi dengan lengkap dan dikemukakan bersama;
    • (a) salinan kad pengenalan;
    • (b) salinan kad perakuan pendaftaran kenderaan (geran).
  3. Permohonan bagi setiap kenderaan hendaklah dibuat secara berasingan dan ditandatangani oleh pemohon.
  4. Permohonan atas alasan kesihatan dan keselamatan yang disertakan dengan dokumen sokongan sahaja akan dipertimbangkan;

Permohonan Berasaskan Kesihatan

Kenderaan milikan persendirian individu / persendirian syarikat;

  1. Pemohon dan pemilik kenderaan tidak mempunyai apa-apa kes yang belum selesai dengan JPJ dan PDRM berhubung dengan apa-apa pelanggaran Akta APJ, ALPKP dan APAD;
  2. Laporan Perubatan asal oleh Pakar Perubatan dari Hospital Kerajaan atau Pakar Perubatan Hospital Swasta yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dengan menyatakan jenis atau nama penyakit secara spesifik;
  3. Permohonan penggunaan cermin gelap hanya dibenarkan kepada kenderaan yang didaftar atas nama pesakit sahaja, jika tidak sila kemukakan surat hubungan dengan pemilik kenderaan jika kenderaan bukan hak milik pemohon (contoh : sijil lahir / sijil perkahwinan dan lain-lain yang berkaitan);
  4. Fi Permohonan dan Fi Kelulusan tidak dikenakan ke atas permohonan kesihatan.

Permohonan Berasaskan Keselamatan

A) Kenderaan milikan persendirian individu / persendirian syarikat;

  1. Pemohon dan pemilik kenderaan tidak mempunyai apa-apa kes yang belum selesai dengan JPJ dan PDRM berhubung dengan apa-apa pelanggaran Akta APJ, ALPKP dan APAD;
  2. Mengemukakan Surat Sokongan daripada Ketua Polis Negeri di negeri tempat pemohon menetap; (Keputusan Mesyuarat JKCG Bil.1/2021) –
    Kemukakan Borang daftar Syarikat 24 dan Form 49 (bagi Syarikat) yang disahkan oleh Setiausaha Syarikat yang berdaftar;
  3. Permohonan penggunaan cermin gelap hanya dibenarkan kepada kenderaan yang didaftar atas nama pemohon sahaja, jika tidak sila kemukakan surat hubungan dengan pemilik kenderaan jika kenderaan bukan hak milik pemohon (contoh : sijil lahir / sijil perkahwinan dan lain-lain yang berkaitan);
  4. Fi Permohonan dikenakan sebanyak RM 50.00 bagi setiap permohonan (tidak akan dikembalikan sekiranya pemohon membuat pembatalan permohonan @ tidak menepati syarat-syarat yang ditetapkan);
  5. Fi Perakuan Kelulusan dikenakan sebanyak RM 5,000.00 dan pembayaran dibuat setelah mendapat surat makluman keputusan permohonan kelulusan penggunaan cermin gelap dari Bahagian Penguatkuasa Ibu Pejabat (tidak akan dikembalikan sekiranya pemohon membuat pembatalan permohonan @ tidak menepati syarat-syarat yang ditetapkan)

B) Kenderaan milikan Kerajaan/sewaan Kerajaan;

  1. Mestilah surat permohonan daripada Ketua Setiausaha Kementerian / Ketua Pengarah Jabatan;
  2. Fi Permohonan dikenakan sebanyak RM 50.00 bagi setiap permohonan (tidak akan dikembalikan sekiranya pemohon membuat pembatalan permohonan @ tidak menepati syarat-syarat yang ditetapkan);
  3. Fi Perakuan tidak dikenakan ke atas permohonan kenderaan milikan Kerajaan/sewaan Kerajaan.
  4. Kelulusan yang telah tamat tempoh sah laku perlu membuat permohonan baru dua (2) bulan sebelum tamat tempoh kelulusan dengan mengemukakan dokumen-dokumen seperti yang telah dinyatakan dan bayaran fi dijelaskan.
  5. Setiap kelulusan diberikan untuk tempoh dua (2) tahun sahaja.
  6. Kelulusan yang telah tamat tempoh sah laku perlu membuat permohonan baru dua (2) bulan sebelum tamat tempoh kelulusan dengan menyertakan surat rasmi dan laporan perubatan yang terkini.

Permohonan Pertukaran Kelulusan Cermin Tinted

Pertukaran kelulusan cermin gelap JPJ mestilah atas sebab berikut;

  1. Pemilik kenderaan motor membuat tukar ganti (interchange) nombor pendaftaran kenderaan motor; atau
  2. Pemilik kenderaan motor membuat penukaran kepada mana-mana kenderaan motor yang dimilikinya;
    • Tempoh sah laku kelulusan terdahulu tidak kurang daripada 6 bulan dari tamat tempoh kelulusan.
    • Permohonan yang telah mendapat kelulusan pertukaran, tempoh tamat sah kelulusan mengikut tempoh tamat kelulusan terdahulu.
  3. Jika tempoh sah laku kelulusan terdahulu kurang daripada 6 bulan, pemohon perlu membuat permohonan baru.
  4. Sertakan surat perakuan kelulusan kenderaan terdahulu.
  5. Bayaran fi dikecualikan dan permohonan ini hendaklah dihantar secara terus ke Bahagian Penguatkuasa Ibu Pejabat JPJ.

Sumber asal daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)

Peratusan Cermin Gelap PUSPAKOM terkini

Untuk pemeriksaan PUSPAKOM,

had ketelusan cahaya cermin gelap yang dibenarkan juga adalah mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Untuk maklumat lanjut layari: https://www.puspakom.com.my/inspection-standards/

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat Lanjut,boleh hubungi melalui medium berikut:

No. Tel : 03-88928194 / 8186

Alamat: Pengarah Bahagian Penguatkuasa
Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia
Aras 3, Jalan Tun Hussein Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
61200 PUTRAJAYA

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top