Permohonan Bantuan Lesen RM150 telah dibuka

Permohonan Bantuan Lesen RM150 seorang telah dibuka. Di bawah Belanjawan 2024 Negeri Sembilan, Kerajaan Negeri itu telah bersetuju untuk memperkenalkan Inisiatif Baru Lesen Motosikal B40.

Melalui program ini, mereka yang menepati syarat-syarat kelayakan boleh menerima bantuan atau sumbangan Kerajaan sebanyak RM150.

“Kerajaan Negeri juga amat prihatin dan menggalakkan penglibatan belia dalam profesion pekerjaan ekonomi gig seperti food rider, penghantar perkhidmatan dan lain-lain bidang kerjaya bebas atau freelancer.

“Sebagai tanda sokongan, Kerajaan akan memberikan baucar bantuan lesen motosikal sebanyak 150 ringgit seorang kepada belia dari keluarga B40 terhad kepada 100 orang belia dari setiap DUN dengan peruntukan keseluruhan sebanyak 540 ribu ringgit,” kata Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun ketika membentangkan Belanjawan Negeri 2024.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Merupakan warganegara Malaysia;
  • Merupakan pengundi berdaftar di Negeri Sembilan;
  • Pendapatan tidak melebihi RM4,000/sebulan;
  • Terbuka kepada pemohon yang berumur 16 hingga 35 tahun.

Cara Memohon

Bagi yang menepati syarat-syarat kelayakan, urusan permohonan inisiatif ini boleh dibuat melalui Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan.

Pemohon perlu menyediakan dokumen-dokumen berikut ketika mengemukakan permohonan:

  • MyKad pemohon;
  • Slip pengundi SPR;
  • Dokumen pengesahan pendapatan/slip gaji;
  • Slip kelulusan ujian JPJ.

Selain itu, pelbagai lagi bantuan turut diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Sembilan seperti sumbangan RM100 kepada setiap bayi yang dilahirkan di negeri berkenaan melalui Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN).

Golongan belia yang melangsungkan berkahwin buat kali pertama di Negeri Sembilan juga layak menerima sumbangan RM500 seorang.

“Tidak dilupakan juga adalah golongan muda yang ingin melangsungkan perkahwinan buat kali yang pertama. Kerajaan Negeri akan memberikan sumbangan sebanyak RM500 seorang kepada golongan belia Negeri Sembilan dengan jumlah peruntukan sebanyak RM5.0 juta,” kata Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Di samping itu, untuk meringankan beban ibu bapa bagi anak-anak yang memasuki Sekolah Berasrama Penuh, Kerajaan Negeri Sembilan akan memberikan sumbangan sebanyak RM300 seorang dengan peruntukan RM150,000 terhad sehingga 500 orang penerima setahun.

“Untuk anak-anak yang berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat pendidikan tinggi, Kerajaan Negeri juga menyediakan bantuan kemasukan ke institusi pengajian tinggi pada kadar di antara 500 ringgit hingga 1,000 ringgit bergantung kepada tawaran yang diterima sama ada peringkat sijil, diploma atau ijazah pertama.

“Tidak dilupakan adalah golongan ibu tunggal yang berpendapatan di bawah RM2,000 sebulan yang akan menerima sumbangan one off sebanyak RM200 seorang,” tambahnya lagi.

Maklumat lebih lengkap berkenaan bantuan-bantuan ini, ia boleh dilihat di ucapan penuh Belanjawan 2024 Negeri Sembilan – DI SINI.

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top