Permohonan Sumbangan RM200 Untuk Warga Emas

Permohonan Sumbangan RM200 untuk warga emas adalah bantuan dan inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri Sembilan khusus untuk warga emas di negeri tersebut.

Pelbagai bantuan telah diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan di peringkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Sumbangan RM200 untuk warga emas

Di bawah Belanjawan 2024 Negeri Sembilan, pihak Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk memperkenalkan insiatif baru iaitu sumbangan tunai RM200 kepada warga emas secara ‘one-off’.

Insentif ini merupakan salah satu daripada 77 inisiatif yang terkandung dalam manifesto Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Merupakan pengundi berdaftar di Negeri Sembilan;
  • Pendapatan tidak melebihi RM4,000;
  • Bermastautin di Negeri Sembilan;
  • Berumur 70 tahun ke atas.

Cara Memohon

Untuk yang memenuhi syarat-syarat kelayakan, permohonan bantuan tunai ini boleh dibuat secara dalam talian (online) di Portal atau Aplikasi N9 Digital.

Pemohon juga perlu menyediakan dokumen-dokumen berikut ketika membuat permohonan:

  • Kad Pengenalan (MyKad);
  • Slip pengundi SPR;
  • Dokumen pengesahan pendapatan/slip pencen.
Sumbangan RM200 untuk warga emas

Untuk makluman, pemberian bantuan ini terhad kepada 10,000 pemohon pertama sahaja. Oleh itu, mereka yang layak digalakkan untuk membuat permohonan dengan kadar segera.

Dalam masa sama, Kerajaan Negeri Sembilan juga memperkenalkan caruman Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) sebanyak RM100 bagi kelahiran baharu anak-anak Negeri Sembilan bermula tahun 2023 hingga 2027.

Selain itu, bantuan kemasukan pelajar ke sekolah berasrama penuh sebanyak RM300 juga diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri.

Untuk maklumat lanjut berkenaan pelbagai lagi inisiatif Negeri Sembilan, sila rujuk di Portal Rasmi Negeri – DI SINI.

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top