Permulaan Monsun Timur Laut (7 November 2022-Mac 2023)

Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) telah mengeluarkan amaran Monsun Timur Laut atau musim tengkujuh di Malaysia akan bermula lebih awal daripada yang dijangka iaitu pada 7 November 2022 dan berterusan sehingga Mac 2023.

Ini bermakna, empat hingga enam episod luruan monsun yang membawa hujan lebat berterusan akan berlaku sepanjang tempoh ini.

Ini akan mengakibatkan hujan lebat berterusan untuk tempoh beberapa hari dan boleh mengakibatkan kejadian banjir di kawasan-kawasan berkedudukan rendah dan berhampiran sungai.

Selain itu juga, Monsun Timur Laut juga mengakibatkan tiupan angin timur laut secara berterusan dan kencang yang boleh menyebabkan laut bergelora serta ombak besar di perairan Laut China Selatan.

Air Pasang Besar

Pihak Met Malaysia juga menyatakan sekiranya hujan lebat berterusan berlaku serentak dengan kejadian air pasang besar, risiko kejadian banjir boleh meningkat.

Kejadian air pasang besar dijangka berlaku dalam tempoh berikut:

  • 6 – 11 dan 22 – 27 November 2022
  • 7 – 12 dan 22 – 26 Disember 2022
  • 6 – 10 dan 21 – 25 Januari 2023

Persediaan Orang Ramai

Orang ramai adalah dinasihatkan agar bersiap sedia menghadapi musim tengkujuh ini.

Mereka perlu sentiasa peka dengan maklumat, nasihat dan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh Met Malaysia melalui medium sebaran rasmi.

Informasi mengenai maklumat, nasihat, dan amaran cuaca boleh dirujuk melalui:

  • Laman web https://www.met.gov.my
  • Aplikasi mobil myCuaca
  • Media sosial MET Malaysia (Facebook, Twitter dan Instagram).
  • Talian hotline MET Malaysia 1-300-22-1638

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top