Semakan BMT Risda: Bantuan RM800

Semakan BMT Risda Bantuan RM800. Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) RISDA adalah inisiatif daripada Kerajaan yang bertujuan untuk menolong dan membantu meringankan beban kewangan para Pekebun Kecil/ Penoreh Getah yang berkelayakan sewaktu dilanda musim tengkujuh.

Bantuan BMT atau Bantuan Musim Tengkujuh adalah diperkenalkan oleh Kerajaan untuk disalurkan kepada rakyat Malaysia berkelayakan.

Melalui Belanjawan 2023, kadar bantuan ini telah dinaikkan kepada RM800 berbanding sebelum ini RM600.

Berikut adalah perkongsian lanjut tentang Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2023

KELAYAKAN BANTUAN BMT 2023

Berikut merupakan kelayakan untuk Bantuan Musim Tengkujuh 2023:

  • 1 Lot hanya untuk SEORANG PENERIMA SAHAJA (Pekebun kecil ataupun Penoreh) yang berkelayakan untuk mendapatkan bantuan Bantuan Musim Tengkujuh.
  • Seorang Pekebun kecil ataupun penoreh hanyalah berkelayakan untuk menerima bantuan Bantuan Musim Tengkujuh sebanyak sekali sahaja.

Pekebun Kecil (Pemilik Tanah yang memilikii dan juga mengusahakan Lot Bertanam Getah):

  • Warganegara Malaysia
  • pekebun kecil yang berdaftar dengan RISDA
  • mempunyai jumlah keluasan miilikan tanah diantara 0.1 sehingga 2.5 hektar
  • Pemilik tanah yaang sah
  • 1 Lot Tanah hanya seorang sahaja pemilik/ penama yang berlayakan untuk mendapatkan bantuan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT)

Penoreh (Bukan pemilik Tanah):

  • Warganegara Malaysia
  • Penoreh yang berdaftar dengan RISDA
  • Menoreh dii lot yang berkeluasan 0.1 sehingga 2.5 hektar
  • 1 Lot Tanah hanya seorang sahaja penama/ penoreh yang berkelayakan untuk mendapatkan bantuan
  • Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih lagii sah sewaktu melakukan permohonan

JUMLAH BAYARAN BMT 2023

Berikut adalah jumlah untuk BMT:

Jumlah & Tempoh bayaran BMT adalah:

  • telah ditingkatkan daripada RM600 kepada jumlah RM800; dan
  • telah ditingkatkan daripada Dua Bulan kepada EMPAT BULAN iaitu pada bulan NOVEMBER 2023 (RM200), DISEMBER 2023 (RM200), JANUARI 2024 (RM200) dan FEBRUARI 2024 (RM200)

CARA PEMBAYARAN BMT 2023

Berikut adalah merupakan cara untuk pembayaran Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2023:

  • Kesemua penyaluran Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2023 akan dibayar secara pemiindahan Dana Elektronik (Electronic Fund Transfer – EFT) terus kepada akaun peneriima yang layak oleh RISDA.

CARA PERMOHONAN BMT 2023

Untuk melakukan permohonan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2023, sila layari laman sesawang Bajet Menteri Kewangan di pautan yang berikut:

Tarikh Permohonan Dibuka Dan Ditutup

  • mulai 15 Jun 2023 sehingga 15 September 2023

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan Bantuan BMT boleh dihubungi melalui talian 03-42512125 atau 03-42512135 atau 03-42512023.

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top