Skip to content

Skim Pencen A B Cara Tukar Kaedah Pembayaran Pencen

  • Info

Skim Pencen A B Cara Tukar Kaedah Pembayaran Pencen. Setiap penjawat awam kerajaan berhak menerima pencen asalkan mereka memegang jawatan tetap, sah secara perundangan, telah diberi Pemberian Taraf Berpencen (PTB), dan bersara mengikut undang-undang pencen yang ditetapkan.

Skim Pencen A B sangat penting kerana ia memberi jaminan saraan hidup kepada anggota-anggota setelah mereka bersara dari perkhidmatan Kerajaan.

Skim Pencen A B

Skim pencen adalah skim persaraan yang disediakan oleh kerajaan atau majikan untuk memberi manfaat kewangan kepada pekerja apabila mereka bersara.

Dalam konteks Skim Pencen A dan B, istilah ini merujuk kepada dua jenis skim pencen yang biasanya ditawarkan oleh kerajaan atau institusi tertentu.

Skim pencen a b

Berikut adalah kaedah pembayaran skim pencen A B:

1. Skim A

  • Bayaran akan dikreditkan setiap bulan terus ke akaun bank pesara / penerima dan pesara / penerima boleh terus membuat pengeluaran pencen di mesin ATM.
  • Pesara mempunyai pasangan yang dikahwini dalam perkhidmatan (iaitu pasangan yang layak diberi pencen terbitan selepas kematian pesara).

2. Skim B

  • Bayaran secara pengkreditan ke dalam akaun bank setiap bulan kepada pesara atau penerima pencen.
  • Pesara / penerima perlu hadir ke kaunter bank setiap bulan bagi proses pengesahan sebelum bayaran dikreditkan ke akaun bank.
  • Pesara / penerima pencen tunggal (bujang / duda / balu) dan TIADA pihak lain yang akan menerima pencen terbitan selepas kematian pesara / penerima pencen.
  • Penerima pencen yang uzur, OKU atau anak di bawah umur 21 tahun.
  • Bagi pesara / penerima pencen yang tidak berupaya untuk hadir ke bank pada setiap bulan, Wakil Diri boleh dilantik dengan menggunakan Borang JPA.BP.SKP.B07: Pelantikan Wakil Diri Untuk Pesara atau Penerima Pencen dan Borang JPA.BP.SPT.B06: Maklumat Akaun Bank Penerima Pencen (dibenarkan penggunaan akaun perseorangan atau akaun bersama).

3. Skim A Berwakil (dengan permohonan)

  • Pesara / penerima pencen (bujang / duda) dan TIADA pihak lain yang akan menerima pencen terbitan selepas kematian pesara / penerima pencen.
  • Pesara / penerima pencen boleh membuat penukaran cara bayaran pencen dari Skim B ke Skim A Berwakil (Pengkreditan Automatik Ke Bank) dengan syarat melantik Wakil Diri dengan menggunakan Borang JPA.BP.SKP.B08: Permohonan Perlantikan Wakil Skim A (hanya akaun perseorangan sahaja dibenarkan).

Bank Yang Terlibat Dalam Sistem Pembayaran Pencen

  1. Bank Muamalat (M) Berhad
  2. Malayan Banking Berhad (Maybank)
  3. Bank Simpanan Nasional
  4. Affin Bank Berhad
  5. CIMB Bank Berhad
  6. Bank Islam Malaysia Berhad
  7. Public Bank Berhad
  8. Alliance Bank Berhad
  9. RHB Bank Berhad
  10. HSBC Bank Malaysia Berhad
  11. Bank Kerjasama Rakyat (Malaysia) Berhad
  12. Hong Leong Bank Berhad
  13. Agro Bank Berhad

Kelebihan Pembayaran Melalui Skim A

  • Lebih cekap dan mudah.
  • Pesara / penerima tidak perlu hadir ke kaunter bank setiap bulan untuk pengesahan.
  • Mengelakkan kes-kes pencen luput sekiranya pesara / penerima tidak hadir ke bank bagi tempoh TIGA (3) bulan berturut-turut.

Cara Tukar Skim B ke Skim A

Anda boleh membuat penukaran kaedan pembayaran pencen daripada Skim B ke Skim A dengan sangat mudah.

Pesara hanya perlu mengemukakan borang Permohonan Pelantikan Wakil Skim A (JPA.BP.SKP.B08) serta salinan Kad Pengenalan Wakil.

Skim pencen
Skim pencen a b

Borang tersebut perlu diisi dengan lengkap dan tepat, kemudian hantar kepada KWAP melalui mana-mana saluran berikut:

  • Muat naik melalui pautan : https://feedbacks.kwap.my/
  • Emel kepada : [email protected]
  • Hantar ke kaunter khidmat pelanggan KWAP di Cyberjaya
  • Hantar secara pos ke alamat berikut :
    • Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) Jabatan Perkhidmatan Persaraan,
      Aras 11, Skytech Tower 2, MKN Embassy Techzone
      Jalan Teknokrat 2, Cyber 4, 63000 Cyberjaya, Selangor

Soalan Lazim Skim Pencen

1. Siapakah yang layak memohon perbelanjaan bagi kemudahan perubatan?

Pesara Awam Persekutuan, ahli keluarga yang layak iaitu suami/ isteri dan anak yang berumur di bawah 18 tahun atau yang masih bersekolah di bawah umur 21 tahun atau anak-anak daif yang disebabkan oleh kelemahan otak atau jasmani.

2. Apakah yang perlu dilakukan oleh ahli keluarga sekiranya pegawai meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan?

Ahli keluarga/ waris/ tanggungan gemulah (pegawai yang meninggal dunia) perlu menghubungi Jabatan akhir dan menyerahkan semua dokumen yang diperlukan bagi memastikan Jabatan akhir dapat mengemukakan dokumen pencen terbitan kepada Bahagian Pencen, JPA dalam tempoh masa 7 hari dari tarikh kematian gemulah. Bagi permohonan Bantuan Mengurus Jenazah (BMJ) sebanyak RM3,000 pula ianya hendaklah dituntut daripada Jabatan terakhir gemulah.

3. Bagaimanakah prosedur menggantikan kad pesara yang hilang?

Kad pesara boleh dibuat di kaunter Khidmat Pelanggan Urusan Persaraan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) KWAP Cyberjaya atau kaunter JPA4U, Jabatan Pekhidmatan Awam, Blok C2, Kompleks C di Putrajaya.

4. Berapakah amaun pencen terendah?

Pencen terendah bagi perkhidmatan yang boleh dimasukira tidak kurang daripada 25 tahun (300 bulan) ialah RM1,000 yang berkuatkuasa mulai 1 Januari 2018.

5. Apakah kesan pencen di bawah Skim B jika tidak dituntut selama 3 bulan atau lebih?

Sekiranya dalam tempoh 3 bulan berturut-turut bayaran pencen di bawah Skim B tidak dituntut, bayaran tersebut akan luput dan bayaran pencen bagi bulan seterusnya akan terhenti. 

Pesara perlu melaporkan kepada pihak KWAP untuk mengaktifkan semula akaun tersebut bagi membolehkan bayaran pencen disambung semula.

6. Bolehkah pencen dituntut oleh orang selain dari pesara / penerima pencen itu sendiri?

Boleh sekiranya diluluskan pelantikan wakil diri oleh Bahagian Pencen. Pelantikan wakil diri ini diberi kepada pesara yang uzur dan mempunyai akaun bersama. Wakil mestilah pemegang akaun bersama pesara/penerima pencen itu.

Maklumat Lanjut

Aras 11, Skytech Tower 2
MKN Embassy Techzone
Jalan Teknokrat 2, Cyber 4
63000 Cyberjaya, Selangor

  • Telefon : +603 8887 8700 (Talian pejabat), +603 8887 8777 (Pusat panggilan)
  • Faks : +603 8887 8770
  • Emel : [email protected]

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.