STR 2024 FASA 1 JUMLAH BANTUAN DAN TARIKH PEMBAYARAN

STR 2024 Fasa 1, permohonan baharu dan kemaskini maklumat peribadi dan pasangan telah dibuka sehingga penghujung tahun 2023.

Jumlah bantuan dan tarikh pembayaran bagi STR 2024 Fasa 1 dikongsikan di halaman ini. Berikut adalah informasi mengenai perkara ini.

Tarikh bayaran dan jumlah bayaran Fasa 1 telah dimaklumkan dan ianya boleh disemak melalui portal rasmi MYSTR 2024.

STR 2024 FASA 1

Sumbangan Tunai Rahmah atau lebih dikenali sebagai STR 2024 merupakan sebuah bantuan tunai yang disediakan oleh kerajaan Malaysia dalam membantu golongan berpendapatan rendah (B40/M40).

Bantuan tunai ini bakal memanfaatkan seramai 9 juta penerima pada tahun hadapan. Ianya merangkumi beberapa kategori penerima iaitu, kategori isi rumah, bujang dan warga emas yang tiada pasangan. Walaubagaimanpun, ianya bergantung kepada beberapa syarat kelayakan.

JUMLAH BAYARAN STR 2024 FASA 1

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan terdapat kenaikan pada kadar bayaran STR tahun hadapan. Ianya dilakukan setelah pihak sedar rakyat Malaysia ketika ini menghadapi masalah dengan keadaan kewangan mereka.

Selain itu, beliau berkata bahawa bayaran fasa pertama akan dinaikkan sebanyak RM500 berbanding STR 2023 hanya RM350 sahaja. Berikut adalah kadar bayaran yang akan diterima pada Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 1 nanti mengikut setiap kategori penerima :

KATEGORI BUJANG (PENDAPATAN RM2,500)

  • RM100

WARGA EMAS TIADA PASANGAN (60 TAHUN KEATAS)

  • RM150

KATEGORI ISI RUMAH (PENDAPATAN RM2,500)

  • Bilangan anak (0) : RM500
  • Bilangan anak (1-2) : RM500
  • Bilangan anak (3-4) : RM500
  • Bilangan anak (>5) : RM500

ISI RUMAH (PENDAPATAN RM5,000)

  • Bilangan anak (0) : RM100
  • Bilangan anak (1-2) : RM150
  • Bilangan anak (3-4) : RM250
  • Bilangan anak (>5) : RM300

TARIKH BAYARAN STR 2024 FASA 1

Untuk pengetahuan, bayaran STR 2024 akan dilakukan secara berfasa. STR terdapat 4 fasa bayaran dan bayaran pertama adalah :

  • FEBRUARI 2024

Maklumat Lanjut

Sebarang bantuan dan info lanjut, boleh hubungi LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747.

Atau anda boleh layari Portal Rasmi : https://bantuantunai.hasil.gov.my/

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top