STR FASA 3 : Kategori Ini Akan Terima Bayaran RM800

STR FASA 3 : Kategori Ini Akan Terima Bayaran RM800; Berikut merupakan maklumat yang dikongsikan dari Mynewskini mengenai STR Fasa 3.

Seperti yang dimaklumkan oleh Perdana Menteri semasa sidang parlimen tempoh hari, STR Fasa 3 akan disalurkan sebelum Hari Raya Aidiladha.

Pihak Mynewskini berkongsi kepada anda mengenai kategori apakah yang bakal terima bayaran sehingga RM800 pada fasa ketiga nanti. Ikuti perkongsian berikut.

STR Fasa 3

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.

Program bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah inisiatif kerajaan untuk membantu golongan berkelayakan dengan memberikan sumbangan tunai secara langsung. Jumlah sumbangan yang diberikan adalah sehingga RM3100 bagi setiap penerima.

KATEGORI PENERIMA BAYARAN RM800

Berikut adalah kategori penerima yang akan terima bayaran maksimum RM800 STR fasa ketiga nanti :

Kategori Isi Rumah

  • Pendapatan RM2,500 ke bawah
  • Mempunyai anak 5 orang keatas

Kategori isi rumah ini akan terima bayaran sehingga RM800.

STR FASA 3 : Kategori Ini Akan Terima Bayaran RM800

SEMAKAN STR FASA 3

Sekiranya anda ingin membuat semakan, semakn boleh dilakukan melalui web rasmi iaitu https://bantuantunai.hasil.gov.my/.

Bagi anda yang tidak tahu bagaimana cara untuk membuat semakan, berikut adalah cara untuk membuat semakan :

  • Klik Log Masuk MySTR
  • Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  • Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  • Masukkan Kata Laluan
  • Klik Menu Semakan Pembayaran Fasa 1
  • Maklumat yang akan dipaparkan
    • Nama Pemohon
    • No Mykad Pemohon
    • Status Permohonan
    • Maklumat Pembayaran Fasa 1 (jika layak bayaran fasa 1)

Kata Laluan MySTR adalah berdasarkan maklumat pada MyBKM 2022. 

Tarikh & Jumlah Bayaran STR Fasa 3

Menurut kalendar Kementerian Kewangan, penerima STR Fasa 3 akan menerima bayaran pada bulan Jun dan Perdana Menteri telah mengumumkan pengkreditan akan dilaksanakan sebelum Hari Raya Aidiladha.

Bayaran ini akan dimasukkan ke dalam akaun penerima secara automatik.

  • Pembayaran STR fasa 3 akan dibayar secara berperingkat mulai minggu ketiga Jun 2023.
  • Penerima yang layak akan menerima bayaran bantuan ini secara terus ke dalam akaun mereka, seperti yang telah dilakukan sebelum ini.
  • Manakala bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank atau status mereka tidak aktif, pembayaran STR boleh dibuat melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran

Maklumat Lanjut STR Fasa 3

Sekiranya anda memerlukan sebarang maklumat tambahan atau bantuan, anda boleh merujuk kepada sumber berikut:

Laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
Hotline STR LHDNM 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9 Pagi – 5 Petang)
Hotline STR MoF 03-8882 4565 / 03-8882 4566

Lebih banyak info terkini berkenaan bantuan kerajaan dan kerjaya boleh klik dan join channel berwarna BIRU dibawah.

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top