STR Fasa 3 : Kategori Ini Akan Terima Bayaran RM800

STR Fasa 3 : Kategori Ini Akan Terima Bayaran RM800, bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 dan Fasa 2 telah dilaksanakan pada Januari dan April lalu.

Seramai 8.7 juta golongan B40 telah menerima bayaran bermula RM100 sehingga RM300.

STR akan melalui bayaran akan melalui 4 fasa bayaran. Fasa 1 dan Fasa 2 telah dilaksanakan baru-baru ini.

STR Fasa 3

STR Fasa 3 adalah singkatan bagi Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3 dimana STR adalah salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.

KATEGORI PENERIMA BAYARAN RM800

Berikut adalah kategori penerima yang akan terima bayaran maksimum RM800 STR fasa ketiga nanti :

  • Kategori Isi Rumah
    • Pendapatan RM2,500 ke bawah
    • Mempunyai anak 5 orang keatas

Kategori isi rumah ini akan terima bayaran sehingga RM800.

STR Fasa 3 : Kategori Ini Akan Terima Bayaran RM800

TARIKH PEMBAYARAN

Pembayaran bantuan kewangan STR ini dijadualkan dan akan dilaksanakan pada pertengahan bulan Julai 2023.

Oleh itu, keluarga yang layak diharapkan dapat memperoleh manfaat daripada bantuan ini pada tarikh yang ditetapkan.

SEMAKAN STATUS

Selain itu, bagi memudahkan semakan status pembayaran, keluarga penerima bantuan kewangan boleh melawat laman web rasmi STR di :

Selain itu, anda juga boleh membuat semakan dengan :

  • Aplikasi Semakan Tunai Rahmah dengan memuat turun di Play Store bagi platform Android dan di App Store bagi platform iOS
  • Menghubungi LHDM
  • Menghubungi MOF (Kementerian Kewangan Malaysia
  • Hadir ke LHDNM yang berhampiran
STR Fasa 3 cara semak penerima bayaran

SYARAT KELAYAKAN STR FASA 3

Berikut adalah syarat kelayakan yang telah diumumkan :

  1. Isi Rumah
    • Kahwin; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  2. Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
    • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  3. Bujang
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Had umur adalah 21-59 tahun; dan
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah

MAKLUMAT LANJUT

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top