Sumbangan Asas Rahmah Fasa 3 Dibayar Bulan Ini

Sumbangan Asas Rahmah Fasa 3 Dibayar Bulan Ini. Individu yang tersenarai layak akan menerima bayaran sebanyak RM100 sebulan sepanjang tahun 2024 ini. 

Bantuan tambahan ini merupakan bantuan bakul makanan kepada penerima STR yang layak pada tahun 2024 yang dilaksanakan menerusi program Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Sumbangan Asas Rahmah

Sumbangan Asas Rahmah atau SARA adalah sebuah bantuan tambahan yang diberikan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sedia ada yang menepati syarat-syarat khusus kelayakan.

Pada tahun ini (2024), kadar SARA yang ditetapkan adalah sebanyak RM600 dan RM1,200 mengikut kategori penerima. RM600 diberikan kepada kategori penerima bujang, manakala RM1,200 pula diberikan kepada penerima dalam karegori isi rumah dan warga emas tiada pasangan.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.

Cara Pembayaran SARA

Untuk maklumat, terdapat dua kaedah pembayaran SARA iaitu:

Penerima daripada negeri Semenanjung Malaysia (Selain Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan)

Penerima akan menerima bantuan barangan keperluan asas tanpa tunai (cashless) berjumlah RM100/RM50 setiap bulan bagi tempoh 12 bulan (Januari 2024 – Disember 2024) secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima. Penerima SARA boleh membeli barangan runcit asas daripada kategori produk yang diluluskan di pasar raya / kedai runcit terpilih seluruh negara menggunakan MyKad.

Penerima daripada negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan

Bayaran RM600/RM300 dua kali setahun (19 Februari 2024 dan 12 Ogos 2024) mengikut kategori melalui pengkreditan ke akaun bank / secara tunai, sama seperti kaedah pembayaran STR 2024.

Untuk bulan Mac 2024, maka telah tibalah pembayaran SARA bagi Fasa 3 untuk penerima di Semenanjung Malaysia.

SEMAKAN SARA 2024

Untuk semakan status Bantuan ini penerima hendaklah layari laman rasmi melalui Portal Rasmi MyKasih seperti berikut :

  • Layari portal rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
  • Kemudian, klik pada [Sumbangan Asas Rahmah (SARA)].
  • Scroll ke bawah dan klik [Semak Status].
  • Sila masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon.
  • Seterusnya, masukkan Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  • Tekan [Semak Status].
  • Status anda akan dipaparkan.
  • Selesai.

Semakan kelayakan SARA boleh dibuat melalui Portal Rasmi STR.

Maklumat lanjut mekanisme pelaksanaan SARA boleh dirujuk melalui pautan https://www.mykasih.com.my/

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut sila layari laman rasmi Laman Rasmi STR atau Portal MyKasih.

Terdapat lebih 600 kedai-kedai dan pasaraya yang terpilih berdaftar dengan Bantuan MySARA seluruh Malaysia, sila rujuk di sini kedai berhampiran anda : https://apps.mykasih.net:8443/mkmember/Redang/Recip/MerchList.aspx?lang.

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top