Sumbangan Tunai Rahmah dinaikkan kepada RM3,700 Pada 2024

Sumbangan Tunai Rahmah dinaikkan kepada RM3,700. Hal ini diumumkan semasa Belanjawan Madani 2024 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada 13 Oktober 2023.

Belanjawan Madani 2024 ini melibatkan peruntukan tertinggi yang pernah dibentangkan iaitu RM303.8 bilion untuk belanja mengurus, RM90 bilion untuk belanja pembangunan dan RM2 bilion simpanan luar jangka.

Pihak Kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan pemberian Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun 2024: –

Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

STR adalah sebuah bantuan tunai kepada rakyat Malaysia daripada kategori B40 dan M40 yang berkelayakan. Mereka yang layak menerima bantuan tunai ini termasuklah dari golongan isi rumah, warga emas dan bujang.

Bagi STR 2024, pihak Kerajaan telah bersetuju menaikkannya kepada daripada RM3,100 kepada RM3,700 untuk isi rumah dan daripada RM350 kepada RM500 untuk golongan belia.

Tarikh Pembayaran

Berdasarkan ucapan Perdana Menteri, STR bagi tahun 2024 akan diberikan kepada sekitar 9 juta rakyat. Bagi pembayaran pertama STR 2024, ia akan dilaksanakan pada:

  • bulan Februari tahun hadapan.

Selain itu, pihak Kerajaan juga akan mengambil pendekatan berbeza iaitu embuka permohonan baharu STR 2024 seawal November 2023 dan ia akan dibuka sepanjang tahun berbanding setahun sekali sebelum ini.

“Hikmah penyasaran semula subsidi, membolehkan Kerajaan menambah baik dan meningkatkan pemberian tunai kepada rakyat melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR),” katanya.

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top