Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 2: Tarikh Bayaran

Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 2, adalah kesinambungan bantuan tunai kewangan yang disalurkan daripada pihak kerajaan untuk rakyat berkelayakan seperti mana STR fasa 1.

Terdapat beberapa fasa Sumbangan Tunai Rahmah yang akan disalurkan kepada rakyat dengan kadar bayaran yang berbeza, ianya juga adalah seperti Bantuan Keluarga Malaysia dan bantuan sama sebelumnya.

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 2 (STR)

Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 2 adalah salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah diketengahkan Perdana Menteri yang turut melibatkan kerjasama tiga kementerian iaitu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan serta Kementerian Ekonomi.

Pembayaran STR ini juga adalah secara berfasa mengikut tarikh yang diumumkan oleh kerajaan.

Pembayaran STR Fasa 1 telahpun dilaksanakan dan disalurkan dimana dengan beberapa jenis kategori dan kadar bantuan.

Tarikh Bayaran STR Fasa 2

Bagi pihak pembaca Mynewskini, disini pihak Mynewskini dukacita berkongsi maklumat bahawa Tarikh pembayaran bagi STR Fasa 2 adalah belum diumumkan setakat ini.

Akan tetapi, mengikut jadual Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), bantuan tersebut akan disalurkan pada setiap 3 bulan dan pembayaran akan dilaksanakan.

Oleh yang demikian, jika pihak kerajaan Perpaduan akan mengikut jadual tersebut, dijangkakan pembayaran fasa 2 ini adalah pada bulan APRIL 2023.

Walaubagaimanapun, diharap pihak pembaca akan bersabar dan menunggu pihak kerajaan akan mengumumkan secara rasmi bila STR Fasa 2 tersebut akan dilaksanakan.

Sumbangan tunai rahmah fasa 2

Pembayaran STR Fasa 1

Tarikh pembayaran STR fasa 1 adalah seperti berikut

  • Ada Akaun – Bayaran mulai 17 Januari 2023 secara berperingkat.
  • Tiada Akaun – Penunaian di kaunter Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 17 Januari 2023.
  • Tiada Akaun (Pedalaman Sabah / Sarawak) – Penunaian pembayaran Fasa 1 di kaunter Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 17 Januari 2023.

Cara Semak Status STR

Status kelayakan pembayaran STR fasa 1 boleh disemak mulai 17 Januari 2023.

Layari portal rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my

Sila klik Log Masuk STR untuk semakan lanjut.

Cara Log Masuk MySTR

Maklumat MySTR adalah berdasarkan maklumat MyBKM 2022.

 Pendaftaran MySTR

  • Klik MySTR dan pastikan No MyKad anda merupakan penerima fasa 1 STR 2023.
  • Masukkan Maklumat Keselamatan.
  • Masukkan Kata Kunci Keselamatan dan Kata Laluan.
  • Pendaftaran berjaya.

Menu Log Masuk MySTR merupakan kemudahan secara dalam talian untuk semakan kelayakan STR fasa 1 bagi penerima yang mempunyai rekod STR 2023.

Log Masuk MySTR memerlukan No Mykad dan Kata Laluan yang telah didaftarkan.

Maklumat Lanjut

Sekiranya terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan), ID MySTR akan disekat dan dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam.

Sebarang bantuan lanjut, boleh hubungi LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747.

Atau anda boleh layari portal rasmi : https://bantuantunai.hasil.gov.my/

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari infomarsi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top