Tahukah Anda Penyakit Kawasaki?

Walaupun nama penyakit tersebut seperti nama jenama automotif terkenal, namun penyakit Kawasaki memang benar benar wujud.

Penyakit kawasaki ini adalah sindrom yang belum di ketahui puncanya, penyakit ini ialah sindrom yang dicirikan oleh keradangan saluran darah di seluruh badan.

Biasanya ia memberi kesan kepada bayi dan kanak-kanak di bawah 5 tahun. Penyakit ini merupakan faktor utama penyakit acquired heart disease dalam kalangan kanak-kanak.

Walaupun penyakit atau sindrom Kawasaki ini jarang berlaku namun ia amat berbahaya dan berisiko dalam menyebabkan kematian dalam kalangan kanak-kanak yang di jangkiti.

Dalam berita dari sumber Sinat Harian, dinyatakan oleh Pakar Perunding Kanan Pediatrik yang juga Pakar Perunding Imunologi Klinikal dan Alergi di Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr Intan Hakimah Ismail bahawa penyakit ini melibatkan keradangan pembuluh darah, keradangan arteri koronari yang menyebabkan masalah jantung.

Dengan komplikasi itu, ia boleh menyebabkan kematian kepada yang terjangkit sekiranya tidak di rawat dengan kadar yang segera.

Kementerian Kesihatan juga telah memuat naik infografik mengenai Penyakit Kawasaki ini, untuk memaklumkan dan menasihatkan para ibu bapa agar berwaspada dan mendapatkan kadar rawatan segera sekiranya anak-anak mempunyai gejala.

Tidak diketahui punca penyakit tetapi terdapat rawatan yang baik untuk penyakit Kawasaki iaitu menggunakan immunoglobulin dan aspirin. Bagaimanapun, petunjuk terbaik ialah demam berpanjangan tidak memberi tindak balas kepada rawatan biasa.

Gejala dan tanda Penyakit Kawasaki

  • Demam tinggi yang berlanjutan selama 5 hari atau lebih.
  • Mata merah.
  • Bibir merah, merekah, bengkak.
  • Lidah berwarna merah atau lidah ‘strawberry’.
  • Bengkak merah pada tangan dan kaki, diikuti dengan menggelupas kulit.
  • Ruam seluruh badan.
  • Kelenjar bengkak (nodus limfa) di leher.

Walaupun penyakit ini boleh sembuh dengan sendirinya, namun risiko komplikasi jantung dapat dikurangkan dengan ketara dengan rawatan awal.

Dianggarkan, 15-25% daripada mereka yang mengalami penyakit Kawasaki yang tidak dirawat akan mendapat komplikasi jantung.

Oleh itu, segera dapatkan rawatan susulan sekiranya anak anda mengalami gejala penyakit Kawasaki.

Rawatan awal mampu mencegah komplikasi jantung, penyakit boleh di rawat dengan imunoglobulin dan intravena dan dos aspirin yang tinggi.

Hemofilia

Hemofilia Hemofilia merupakan sejenis penyakit warisan yang sedia ada sejak seseorang itu dilahirkan dan ia berpunca daripada kekurangan faktor pembekuan darah. Ia tidak boleh berjangkit daripada seseorang.

Terdapat 2 jenis hemofilia. Hemofilia A adalah disebabkan kekurangan faktor VIII manakala hemofilia B disebabkan oleh kekurangan faktor IX.

Bagi pesakit Hemofilia, mereka mengalami kekurangan faktor pembekuan darah. Jadi, penghidap Hemofilia akan mengalami pendarahan berlanjutan walaupun jika mengalami luka kecil.

Tahap keterukan penyakit ini bergantung kepada peratus faktor pembekuan yang berfungsi di dalam darah pesakit.

Dikongsikan kaedah R.I.C.E bagi merawat pesakit Hemofilia sekiranya mereka mengalami pendarahan.

  • Rest (Rehat) – Rehatkan sendi atau anggota yang tercedera.
  • Ice (Ais) – Letakkan ais pada tempat atau bahagian yang tercedera. Alaskan dengan ais dengan kain sebelum meletakkan pada bahagian yang tercedera selama 10 hingga 20 minit.
  • Compress (Tekan) – Tekan tempat pendarahan (apply pressure) atau balut tempat luka / sendi yang terlibat. Jangan ikat bahagian sendi dengan terlalu ketat.
  • Elevation (Elevasi) – Naikkan bahagian sendi atau anggota yang cedera lebih tinggi dari paras dada.

Rawatan yang cepat dan mencukupi ini boleh mengelakkan komplikasi seperti kecacatan kekal pada anggota badan pesakit.

Sumber: Pusat Darah Negara Kementerian Kesihatan Malaysia

Tips Penjagaan Kesihatan Mental Ketika Fasa Peralihan Ke Endemik

Dengan masa sekarang, negara kita dalam fasa peralihan ke endemik, jadi kita sama-sama dalam menguruskan kebimbangan dan tekanan.

Umum diketahui bahawa menjaga kesihatan mental dan kesihatan fizikal adalah sama penting.

Pihak KKM telah kongsikan tip penjagaan kesihatan mental yang boleh anda amalkan melalui posting dalam media sosial mereka.

Tip berikut bukan sahaja bermanfaat dalam tempoh fasa Peralihan ke Endemik, tetapi sebaiknya dijadikan amalan kepada kita semua sekiranya ketika mengalami keadaan kebimbangan dan tekanan.

  • Sentiasa senyum.
  • Kongsi perasaan dan masalah dengan seseorang yang di percayai.
  • Amalkan teknik pernafasan dalam dan relaks (tenang).
  • Jaga kualiti tidur yang baik.
  • Kekal positif, hargai perkara serta situasi semasa yang dihadapi.
  • Libatkan diri dengan hobi, aktiviti disukai dan bermanfaat.
  • Hubungi orang yang tersayang dengan melalui telefon atau video.
  • Lakukan senaman bagi keluarkan endorfin dan tingkatkan mood gembira.
  • Elakkan berfikiran negatif dengan berita Covid-19 yang tidak berkesudahan atau tidak pasti.
  • Pilih permakanan secara sihat.

Tahukan anda info berkaitan makanan dan minuman berbuka puasa semasa peralihan ke fasa endemik banyak di beri oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Info-info adalah seperti berikut.

Gantikan pengambilan minuman manis seperti minuman kordial, berkarbonat dan mengandungi susu pekat manis dengan jus buah tanpa gula semasa berbuka.

Sebaiknya jus buah tidak perlu ditapis untuk mendapatkan seratnya sekali.

Pengambilan makanan yang tinggi serat seperti buah dan sayur setiap hari di bulan puasa dapat membantu:

  1. mengoptimumkan sistem imuniti badan
  2. mengelakkan sembelit
  3. memberi rasa kenyang. Hargailah kesihatan anda.

Sunnah berbuka puasa dengan kurma.

Memakan kurma semasa berbuka merupakan sunnah nabi, di sampaing terdapat pelbagai manfaat kesihatan dan nutrisi yang terdapat dalam buah kurma, adakah kurma perlu dicuci sebelum makan?

Semua jenis kurma sama ada kurma segar, kurma sejuk beku atau kurma kering perlu dicuci dan dikopek sebelum dimakan.

Kurma mungkin nampak bersih namun boleh menyebabkan penyakit sekiranya anda termakan bendasing atau kurma yang telah rosak.

Jadi, cakna dengan kebersihan kurma sebelum memakannya. Lihat secara fizikal untuk sebarang bendasing.

  • Cuci dan kopek kurma sebelum makan.
  • Amalkan lihat, hidu dan rasa.
  • Lihat secara fizikal dan pastikan kurma bebas daripada bendasing seperti pasir, kulat, serangga, ulat dan sebagainya sebelum makan.

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top