Tarikh Kelulusan Dan Bayaran Akaun 3 KWSP

Tarikh Kelulusan Dan Bayaran Akaun 3 KWSP – Seperti yang telah diumumkan sebelum ini, pelaksanaan penstrukturan semula akaun KWSP akan bermula pada 11 Mei 2024.

Sudah pasti ramai yang nak tahu waktu bayaran akan diproses, dikreditkan ke akaun dan bagaimana kaedah pengkreditan yang dilakukan nanti.

Penstukturan Semula

Penstrukturan semula akaun KWSP adalah bertujuan untuk memperkukuh jaminan pendapatan persaraan dan memenuhi keperluan kitaran hayat ahli.

Penstrukturan semula akaun KWSP melibatkan perubahan daripada dua (2) akaun kepada tiga (3) akaun seperti berikut:

i. Akaun sedia ada dinamakan semula daripada Akaun 1 kepada “Akaun Persaraan”; dan Akaun 2 pula dinamakan “Akaun Sejahtera” tanpa perubahan pada tujuan kedua-dua akaun tersebut;

ii. Memperkenalkan akaun ketiga iaitu “Akaun Fleksibel”;

iii. Simpanan dalam Akaun Fleksibel boleh diakses atau dikeluarkan oleh ahli pada bila-bila mengikut keperluan, tertakluk kepada terma dan syarat.

iv. Caruman baharu yang diterima selepas tarikh kuat kuasa akan dikreditkan ke dalam akaun mengikut nisbah 75:15:10 iaitu Akaun Persaraan (75%), Akaun Sejahtera (15%) dan Akaun Fleksibel (10%).

Tarikh Kelulusan Dan Bayaran Akaun 3 KWSP

Cara Daftar Akaun 3 KWSP

Selepas tarikh pelaksanaan, ahli mempunyai pilihan untuk memindahkan sebahagian daripada baki simpanan (rujuk soalan 12) dalam Akaun Sejahtera sebagai amaun permulaan ke Akaun Fleksibel.

Penentuan amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel adalah tertakluk kepada baki simpanan dalam Akaun Sejahtera ahli pada tarikh permohonan pilihan amaun permulaan seperti berikut:

Bagi ahli yang mempunyai baki simpanan RM3,000 dan ke atas dalam Akaun Sejahtera

Baki simpanan dalam Akaun Sejahtera diagihkan mengikut nisbah berikut:-

  • i.    Sepuluh per tiga puluh (10/30) ke Akaun Fleksibel;
  • ii.   Lima belas per tiga puluh (15/30) kekal dalam Akaun Sejahtera; dan
  • iii.  Lima per tiga puluh (5/30) ke Akaun Persaraan.

Bagi ahli yang mempunyai baki simpanan kurang daripada RM3,000 dalam Akaun Sejahtera

  • i. Akaun Sejahtera yang mempunyai simpanan RM1,000 dan ke bawah, semua amaun dipindahkan ke Akaun Fleksibel. 
  • ii. Akaun Sejahtera yang mempunyai simpanan melebihi RM1,000 dan tidak melebihi RM3,000, amaun yang dipindahkan ke Akaun Fleksibel adalah RM1,000, manakala baki adalah kekal dalam Akaun Sejahtera. 
  • iii. Tiada pindahan akan dibuat ke Akaun Persaraan bagi simpanan dalam Akaun Sejahtera kurang dari RM3,000.

Ahli boleh membuat pilihan pindahan amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel melalui saluran berikut:

  • i.  KWSP i-Akaun ; atau
  • ii. Self-Service Terminal (SST) di mana-mana pejabat KWSP.

Tarikh Daftar / Permohonan Pindahan Amaun

Ahli boleh membuat pilihan pindahan amaun permulaan bermula 12 Mei 2024 sehingga 31 Ogos 2024.

Pilihan ini hanya boleh dibuat sekali sahaja pada bila-bila masa sepanjang tempoh tersebut dan tidak boleh dibatalkan.

Sekiranya ahli tidak memilih untuk membuat pindahan amaun permulaan, baki dalam Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel sedia ada akan kekal.

Manakala, caruman baharu akan dikreditkan ke Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel. Pengeluaran daripada akaun tersebut adalah tertakluk kepada terma dan syarat pengeluaran semasa.

Tarikh Kelulusan Pemindahan Bayaran Ke Akaun 3 KWSP

OK, bila dah daftar dan buat permohonan untuk pindahkan amaun ke Akaun 3 / Akaun Fleksibel KWSP, bila akan dapat bayaran?

Pilihan pindahan amaun permulaan ke Akaun 3 / Akaun Fleksibel akan diluluskan dalam tempoh 3-5 hari bekerja.

Ahli dibenarkan untuk membuat pengeluaran daripada Akaun Fleksibel pada bila-bila masa tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan. Walau bagaimanapun, KWSP menggalakkan pengeluaran cuma digunakan pada waktu kecemasan dan untuk keperluan mendesak sahaja.

Cara Mohon Pengeluaran Akaun 3

Ahli boleh memohon Pengeluaran Akaun Fleksibel melalui saluran berikut:
i.   KWSP i-Akaun; atau 
ii.  Kaunter KWSP

Tarikh Kelulusan Dan Bayaran Akaun 3 KWSP

Kaedah Bayaran Pengeluaran Akaun 3

Bayaran bagi Pengeluaran Akaun 3 Fleksibel KWSP akan dibayar secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank ahli.

Pastikan syarat-syarat di bawah dipenuhi bagi memastikan urusan pembayaran pengeluaran Fleksibel berjalan lancar:

  • Akaun bank (simpanan atau semasa) yang masih aktif; dan
  • Akaun bank adalah didaftarkan atas nama ahli sendiri (bukan akaun bersama/ syarikat)

Peringatan:
Ahli yang tidak mempunyai akaun bank adalah dinasihatkan untuk membuka akaun bank sebelum membuat permohonan Pengeluaran Akaun Fleksibel.

Bayaran pengeluaran dari Akaun Fleksibel / Akaun 3 KWSP akan dibuat dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas permohonan diluluskan.

Maklumat Lanjut

Untuk mengetahui maklumat terkini tentang Akaun 3 ini, sila dapatkan maklumat sahih melalui saluran rasmi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja di:

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top