Tuntutan Insurans Akibat Banjir Pembiayaan Rumah LPPSA

Tuntutan Insurans Akibat Banjir Pembiayaan Rumah LPPSA ini adalah untuk kakitangan kerajaan yang mempunyai rumah di bawah pembiayaan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA), mereka boleh membuat tuntutan insurans sekiranya rumah mereka mengalami kerosakan akibat bencana banjir.

Untuk makluman pembaca portal ini, rumah yang berasa di bawah pembiayaan LPPSA telah dilindungi oleh Polisi Pelindungan Pemilikan Rumah Jangka Panjang (LTHO).

Oleh sebab itu, kakitangan yang mempunyai rumah di bawah pembiayaan LPPSA layak untuk membuat tuntutan insurans LTHO sekiranya rumah mereka terjejas dengan banjir.

Untuk info tambahan, bagi mereka yang membuat tuntutan ini, diingatkan supaya tidak membuat sebarang baik pulih kerosakan sehingga pelaras kerugian (adjuster) yang dilantik oleh panel insurans/takaful menilai kerosakan hartanah/rumah terjejas akibat banjir datang membuat peninjauan.

Tuntutan Insurans Akibat Banjir Pembiayaan Rumah LPPSA

Tuntutan Insurans Akibat Banjir: Panel Insurans

Terdapat 4 panel insurans yang terlibat bagi urusan tuntutan insurans iaitu:

  • Syarikat Takaful Malaysia Am Berhad
  • Takaful Ikhlas General Berhad
  • Etiqa General Takaful & General Insurans Berhad
  • Zurich General Takaful Berhad

Cara Membuat Tuntutan Insurans

Untuk membuat tuntutan insurans bagi pembiayaan rumah di bawah LPPSA yang terlibat banjir, sila ikuti langkah-langkh berikut mengikut panel insurans:

i) Syarikat Takaful Malaysia Am Berhad

  1. Sediakan butiran berikut iaitu:
    – Nama
    – No MyKad
    – No Sijil Takaful
    – No Telefon
    – Emel
    – Anggaran Kerosakan
    – Alamat Rumah Terjejas Banjir
  2. Kemudian, hubungi pihak syarikat untuk menghantar butiran berikut iaitu di talian 1-300 88 252 385 atau email ke [email protected].

ii) Takaful Ikhlas General Berhad

  1. Hubungi pihak syarikat melalui talian 03-2723 9696/03-2723 9696 atau email ke [email protected].
  2. Pelaras akan berhubung dalam tempoh 24 jam daripada tarikh notis pemberitahuan.
  3. Bayaran tuntutan dalam masa 3 hari daripada penerimaan tuntutan.

iii) Etiqa General Takaful

  1. Sediakan butiran seperti:
    – Gambar
    – Video
    – Rakaman berkenaan banjir
  2. Hantar butiran berikut ke melalui whatsapp ke nombor berikut: Kuala Lumpur, Selangor, Perak, Penang, Kedah, dan Perlis: 011-1630 6646. Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Sabah, dan Sarawak: 018-226 3288.

iv) Zurich General Takaful

  1. Hubungi talian hotline iaitu 03-2109 6845.

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan LPPSA di talian 03-8880 1600 atau melalui Portal Pertanyaan/Aduan Rasmi LPPSA di https://etiket.lppsa.gov.my/.

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari infomarsi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top