50% Diskaun Saman Trafik Di Semua Kaunter Trafik PDRM Selangor

Berita yang agak membuatkan hati rasa senang kepada semua pengguna jalan raya yang belum bayar saman mereka.

Orang ramai boleh mendapatkan diskaun saman trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebanyak 50% sempena Hari Bertemu Pelanggan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor pada 20 Disember dan 21 Disember 2022.

Untuk makluman, kaunter saman diskaun 50% (untuk saman terpilih sahaja) akan dibuka sempena program tersebut selama 2 hari.

Oleh itu, orang ramai yang ingin mendapatkan diskaun saman trafik PDRM boleh mengunjungi semua kaunter trafik PDRM daerah kontinjen di Negeri Selangor.

Jenis Saman Layak Diskaun

Semua jenis saman trafik layak untuk menerima diskaun sebanyak 50% kecuali:

  1. Kemalangan
  2. Saman Non Compund (NC)
  3. Saman Ops Selamat tahun semasa
  4. Saman Bicara Mahkamah (bertanda ‘M’)
  5. Saman Melibatkan M/Lori (bertanda’^’)
  6. Saman memotong secara berbahaya atau potong Q
  7. Saman menggunakan lorong kecemasan
  8. Saman lampu isyarat merah
  9. Saman memotong di garisan kembar
  10. Saman Kemalangan
  11. Saman ubahsuai ekzos
Diskaun 50% saman

Lokasi Pembayaran

Orang ramai boleh mendapatkan diskaun dan membuat pembayaran saman di semua kaunter trafik PDRM daerah kontinjen di Negeri Selangor.

Kaunter pembayaran dibuka mulai 8.00 pagi hingga 4.00 petang pada 20 Disember 2022 sehingga 21 Disember 2022 sahaja.

Cara Semak Saman

Saman trafik PDRM boleh disemak melalui kaedah berikut:

i) Melalui MyEG

  1. Layari laman web rasmi MyEG di https://www.myeg.com.my/
  2. Log masuk menggunakan butiran yang telah didaftarkan dan jika belum, sila daftar sebagai pengguna sila daftar dahulu),
  3. Pergi ke bahagian ‘e-Services.’
  4. Pilih semak saman PDRM
  5. Paparan saman akan dikeluarkan.

ii) Melalui SMS

  1. Taip POLIS SAMAN<jarak>No. Kenderaan atau No Kad Pengenalan
  2. Hantar ke 15888
  3. Tunggu sehingga makluman saman diberikan.

Info Dan Maklumat Lanjut

Info lanjut mengenai pengurangan saman ini, sila layari Facebook Polis Selangor iaitu https://www.facebook.com/PolisSelangor

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top