Bantuan Khas RM700 Untuk Rakyat Malaysia

Bantuan Khas RM700 Secara Automatik kepada mereka yang layak menerima. Bermula pada bulan November sehingga Disember 2022 terdapat satu lagi bantuan yang boleh anda terima secara automatik tanpa perlu melakukan permohonan iaitu bantuan MySalam.

Bantuan MySalam adalah merupakan sebuah inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma yang menyediakan perlindungan takaful untuk golongan berpendapatan rendah menerusi Dana Amanah MySalam.

Dengan sukacita diumumkan bahawa Kerajaan kita telah bersetuju supaya skim perlindungan mySalam diperluaskan kepada penerima Bantuan Keluarga Malaysia yang layak mulai tahun 2022.

Ini termasuk penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang masih layak untuk menerima insentif Bantuan Keluarga Malaysia.

Skim ini bertujuan untuk membantu memudahkan kehidupan mereka yang dalam golongan berpendapatan rendah untuk menjalani kehidupan lebih baik apabila berhadapan dengan kekangan kewangan dengan penyakit yang dihidap.

MANFAAT BANTUAN KHAS RM700 AUTOMATIK

Berikut dikongsikan manfaat yang bakal diterima oleh para pemohon yang layak adalah seperti berikut:

  • Menerima bayaran RM8,000 yang diagihkan dalam masa yang akan diumumkan.
  • Menerima bayaran harian untuk tempoh 14 hari setahun pada kadar RM40 sehari atau RM700 setahun.
  • Berita baik buat seluruh rakyat Malaysia kerana Skim Perlindungan MySalam akan diperluaskan kepada para penerima BKM yang layak bermula pada tahun 2022.

SYARAT KELAYAKAN MYSALAM

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang perlu anda ketahui sebelum melakukan permohonan:

  • Individu yang berumur antara 18 tahun sehingga 65 tahun dan pasangan.
  • Individu berumur antara 40 tahun sehingga 65 tahun dan pendapatan tahunan kurang RM24,000.
  • Individu OKU berumur antara 18 tahun sehingga 65 tahun dengan berpendapatan RM24,000 setahun.

CARA MENEBUS MYSALAM

Berikut dikongsikan cara untuk menebus bantuan RM700 MySalam:

  1. Penerima BSH/BPR akan secara automatik layak, mereka akan terus dimasukkan ke dalam sistem MySalam.
  2. Semakan boleh dilakukan menerusi pautan rasmi MySalam di https://www.mysalam.com.my/b40/info/
  3. Semua penerima yang layak akan dimaklumkan menerusi sistem SMS
  4. Tetapi jika anda layak namun tidak menerima SMS, anda boleh menghantar emel di [email protected] atau hubungi talian 1-300-888-938

SENARAI PENYAKIT YANG BOLEH MENUNTUT BANTUAN KHAS RM700 AUTOMATIK

Berikut adalah merupakan senarai penyakit yang membolehkan anda atau keluarga anda untuk menebus bantuan MySalam:

  • Meningitis Bakteria
  • Alzheimer / Demensia teruk
  • Kanser
  • Pembedahan Otak
  • Koma
  • AIDS Gejala Penuh
  • Serangan Jantung
  • Jangkitan HIV
  • Stroke / Angin Ahmar
  • Dan penyakit-penyakit kritikal yang lain – boleh rujuk DI SINI

Maklumat lanjut

Untuk maklumat terperinci, anda boleh melayari laman web rasmi mySalam di SINI

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top