Semak Waktu Solat Dengan Portal e-Solat

Sudahkah anda tahu bahawa terdapat portal yang membantu anda menyemak waktu solat di kawasan Kuala Lumpur dan sewaktu dengannya dengan tepat dan cepat.

Portal e-Solat

Portal e-Solat ini membolehkan dan membantu orang ramai menyemak waktu solat di kawasan Kuala Lumpur dan kawasan yang sewaktu dengannya secara atas talian.

Portal ini dibangunkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi memudahkan orang ramai untuk menyemak waktu solat di KL dan kawasan yang sewaktu dengannya dengan tepat dan cepat.

Selain itu, orang ramai juga boleh menyemak waktu solat di kawasan lain menerusi portal tersebut.

Portal e-Solat

Penentuan Waktu Solat

Terdapat formula yang digunakan untuk menentukan waktu solat ni dan formula ini untuk pengetahuan semua adalah berdasarkan kepada kepada formula matematik trigonometri sfera.

Ini penting bagi memastikan proses hitungan dapat dijalankan ialah koordinat kawasan kiraan waktu solat (latitud dan longitud), nilai deklinasi matahari serta nilai jarak zenith matahari.

Walaupun hitungan dijalankan namun asas utama rujukan untuk penentuan waktu solat ialah menerusi kaedah atau tafsiran fiqh.

Capaian Lain

Selain waktu solat, portal ini juga membolehkan pengguna membuat capaian untuk mendapatkan maklumat lain seperti:

  • Lokasi masjid
  • Panduan dan bacaan artikel, Yasin, dan doa.
  • Kalendar Islam
  • Kalkulator Tarikh Miladi
  • Kalkulator Umur Miladi

Cara Akses

Untuk mengakses portal ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://www.e-solat.gov.my/.
  2. Waktu solat dipaparkan.
  3. Untuk menukar zon, sila pilih zon yang dikehendaki menerusi bahagian ‘Tukar Zon.’

Jadual Waktu Solat

Bagi mendapatkan waktu solat bagi kawasan KL dan Putrajaya untuk tahun 2022, pihak Mufti Wilayah Persekutuan telah mengeluarkan jadual penuh waktu solat untuk tahun 2022.

Jadual ini boleh disemak melalui pautan https://muftiwp.gov.my/images/falak/takwim/jadual-waktu-solat/KL-dan-Putrajaya/JADUAL-WAKTU-SOLAT-WPKLPTJ-2022.pdf.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web https://www.e-solat.gov.my/.

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top