Terkini! Bantuan Tunai Rakyat 2023 (BTR) Fasa 1 Dipercepatkan

Bantuan Tunai Rakyat 2023 Fasa 1, bayaran akan diawalkan dari Mac pada Januari 2023. Bantuan Tunai Rakyat yang dahulu dikenali sebagai Bantuan Keluarga Malaysia akan diteruskan.

Perkara itu diumumkan melalui Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama Parlimen Ke-15 Dewan Rakyat – 20 Disember 2022 (Sesi Pagi).

Bantuan Tunai Rakyat diperuntukkan dalam Bajet 2023 akan memberi manfaat kepada 8.7 juta penerima dengan peruntukan RM7.8 bilion.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Bantuan Tunai Rakyat 2023 untuk makluman bersama.

Bantuan Tunai Rakyat 2023 (BTR 2023)

BTR 2023 adalah bantuan tahunan yang diperuntukkan oleh Kerajaan kepada rakyat, di mana sebelum ini dikenali sebagai BSH, BPN, BPR dan BKM.

Bantuan tunai yang dilaksanakan oleh kerajaan yang lalu akan diteruskan dan disegerakan pada bulan Januari ketimbang bulan Mac tahun depan mengambilkira beban yang ditanggung rakyat saat ini dan keperluan musim tengkujuh.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bantuan tunai tahun 2023 nanti akan memanfaatkan hampir sembilan juta penerima dengan peruntukan berjumlah RM2 bilion.

Bantuan Tunai Rakyat itu sebelum ini dijadualkan akan diberikan pada Mac 2023 namun selepas melihat keadaan rakyat, Kerajaan bersetuju untuk memberikan pada Januari tahun 2023 nanti.

Jumlah Bayaran

Ketua Isi Rumah (KIR) akan menerima RM300, manakala kategori bujang akan menerima bayaran RM100.

Tarikh Bayaran BTR 2023

Kerajaan akan menyalurkan bayaran BTR 2023 Fasa 1 pada Januari 2023.

Adakah Bantuan Tunai Rakyat (BTR) Sama Dengan BKM?

Buat masa ini, jumlah penuh bayaran dan kelayakan penerima BTR 2023 tidak diumumkan secara terperinci dalam pembentangan Mini Bajet pada 20 Disember 2022.

Semakan BTR Bantuan Tunai Rakyat

Semakan boleh dibuat dengan melayari https://bkm.hasil.gov.my

Selain mengenai bantuan tunai rakyat, PM juga mengumumkan pembayaran berikut

Kerajaan juga bersetuju salur bantuan awal persekolahan RM150 kepada semua murid tanpa ambil kira had pendapatan ibu bapa pada Januari 2023.

Bantuan Khas Kewangan RM700 bagi anggota perkhidmatan awam Gred 56 ke bawah dan RM350 kepada pesara diteruskan pada Januari 2023.

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

3 thoughts on “Terkini! Bantuan Tunai Rakyat 2023 (BTR) Fasa 1 Dipercepatkan”

Comments are closed.

Scroll to Top