Antara Senarai Bantuan Kerajaan Bulan Jun 2022

Pelbagai bantuan kerajaan yang boleh di mohon oleh pelbagai lapisan masyarakat yang memerlukan.

Semenjak belanjawan yang di adakan pada penghujung tahun lalu terdapat beberapa bantuan yang telah di berikan dam juga yang bakal di berikan dalam tempoh tahun ini.

Oleh itu, pihak kami berkongsi maklumat dan pengumuman lain berkaitan dengan bantuan dan maklumat yang berguna untuk rakyat dan masyarakat kita.

SENARAI BANTUAN JUN 2022

Skim Air Darul Ehsan (SADE)

Skim Air Darul Ehsan (SADE) adalah sebuah program penjajaran semula pemberian 20 meter air percuma kepada kumpulan sasar penduduk Negeri Selangor dengan pendapatan isi rumah RM4,000 dan ke bawah.

Pendaftaran SADE dibuka sepanjang tahun sehingga tahun 2024.

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 2

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 2 akan dilaksanakan pada bulan Jun dengan melibatkan jumlah bayaran dari RM100 sehingga RM400. Bagaimanapun, tarikh rasmi pembayaran Fasa 2 masih belum diumumkan oleh pihak Kerajaan, dan ia akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Bantuan Bina Rumah & Baiki Rumah

Program Sayangi Rumahku adalah sebuah bantuan perumahan tanpa bayaran sama ada untuk baik pulih atau bina rumah khusus kepada golongan miskin dan miskin tegar di Negeri Perak. Permohonan bantuan ini masih lagi dibuka dan dijangka dibuka untuk sepanjang tahun ini.

Selain itu, terdapat sebuah lagi insitif yang diperkenalkan iaitu Bantuan Bina dan Baiki Rumah (Kerajaan Prihatin) oleh Kerajaan Negeri Selangor. Bantuan ini terbuka kepada anak kelahiran Selangor atau pemohon yang bermastautin di Negeri Selangor lebih dari 15 tahun.

Manakala, pemohon bukan kelahiran Negeri Selangor mesti memberikan bukti bahawa pemohon telah menduduki kawasan berkenaan tidak kurang daripada 15 tahun.

Bantuan Musim Tengkujuh (BMT)

Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2022 adalah sebuah inisiatif di bawah RISDA dengan jumlah bayaran sebanyak RM600. Pembayaran BMT ini akan melibatkan dua fasa iaitu pada bulan November dan Disember 2022.

Jumlah bayarannya pula adalah sebanyak RM300 untuk setiap fasa (jumlah keseluruhan RM600). Penerima BMT 2022 yang layak akan diproses untuk bayaran bantuan secara Electronic Fund Transfer (EFT) ke akaun bank aktif yang telahdidaftarkan oleh penerima ketika permohonan dibuat.

Senarai Bantuan Lain

Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU) merupakan satu bantuan atau insentif yang diwujudkan bagi golongan OKU yang bekerja.

Ianya merupakan salah satu insentif kerajaan di bawah kementerian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang bertujuan untuk menggalakkan OKU terus bekerja, serta mampu hidup berdikari dan menjadi ahli masyrakat yang produktif.

Berikut merupakan cara-cara untuk memohon Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU)

Setiap pemohon perlu melengkapkan BORANG berikut ;

  • JKM 18 Borang Permohonan Bantuan
  • JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan
  • Borang Permohonan Pendaftaran OKU pindaan 2019
  • Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan MasyarakatDaerah / Jajahan / Bahagian seperti:
    • Salinan Kad Pengenalan diri pemohon
    • Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama
    • Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
    • Salinan penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan.
    • Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.
  • Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon
  • Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri

Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri diwujudkan untuk memberi perlindungan kepada individu yang menjalankan pekerjaan sendiri di bawah peruntukan Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017.

Sebagai permulaan skim ini diwajibkan ke atas Sektor Pengangkutan Penumpang iaitu pemandu teksi, e-hailing dan pemandu bas di bawah peruntukan Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 berkuatkuasa mulai 1 Jun 2017.

Melalui SPS PADANAN CARUMAN, hanya 20% caruman sahaja yang perlu dibayar oleh pekerja manakala 80% lagi adalah bantuan padanan caruman oleh Kerajaan.

Syarat Kelayakan

Berikut adalah beberapa syarat kelayakan untuk permohonan :

  • Warganegara Malaysia / permastautin tetap tanpa mengira had umur
  • Individu yang menjalankan pekerjaan sendiri untuk mencari nafkah
  • Bekerja sepenuh masa atau separuh masa
  • OBS bekerja di Malaysia

Faedah Yang Disediakan

Dibawah merupakan beberapa faedah-faedah yang diterima oleh pencarum seperti :

  1. Faedah Perubatan
  2. Faedah Hilang Upaya Sementara
  3. Faedah Hilang Upaya Kekal
  4. Elaun Layanan Sentiasa
  5. Faedah Orang Tanggungan
  6. Faedah Pengurusan Mayat
  7. Faedah Pemulihan
  8. Faedah Pendidikan

Dokumen Yang Diperlukan

Pencarum perlu menyediakan beberapa dokumen semasa membuat permohonan :

  • Salinan kad pengenalan
  • Salinan kad PSV / profil e-hailing / permit / lesen / sijil atau surat pengesahan dari persatuan atau agensi yang berkaitan tertakluk kepada jenis sektor yang dipilih.

Cara Buat Permohonan

I) SPS KHIDMAT

Bagi OBS yang memenuhi syarat kelayakan di atas dan berminat untuk memohon SPS Khidmat, permohonan boleh dibuat melalui kaedah berikut:

  • Permohonan individu boleh dibuat melalui agensi pentadbiran masing-masing
  • Permohonan secara pukal perlu dikemukakan kepada bahagian SPS ([email protected]) untuk proses pendaftaran
  • Tempoh perlindungan bermula selepas penerimaan senarai pemohon daripada agensi kepada PERKESO

II) SPS PADANAN CARUMAN

Pemohonan bagi SPS Padanan Caruman adalah seperti berikut:

  • Permohonan dan bayaran (secara individu atau melalui agensi) boleh dilakukan di Portal MATRIX ; matrix.perkeso.gov.my
  • Melalui mobil aplikasi PERKESO
  • Melalui kaunter Pejabat PERKESO yang berdekatan
  • Permohonan secara pukal oleh agensi/persatuan perlu dikemukakan kepada bahagian Skim Pekerjaan Sendiri (SPS) untuk proses pendaftaran.
  • Tempoh perlindungan bermula setelah penerimaan bayaran 20% (RM46.60) daripada pemohon kepada pihak PERKESO

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top