Info-info Penting Terkini Dari Jabatan Penerangan

Hari Wartawan Nasional

Kerajaan telah umum satu peruntukan sebanyak RM1 juta bagi Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia dan Indonesia (Iswami) tujuannya asalah untuk mengukuhkan hubungan media antara negara jiran.

Dalam satu kenyataan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Hawana 2022 adalah Hari Wartawan Nasional.

  • Golongan wartawan perlu bersatu di bawah naungan sebuah persatuan khusus yang mewakili semua platform media.
  • Kerajaan lulus peruntukan sebanyak RM1 juta kepada Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia dan Indonesia (Iswami) bagi laksana program perkukuh kerjasama wartawan Malaysia-Indonesia.
  • Pusat kajian kewartawanan Malaysia perlu diwujudkan untuk mendukung standard. Naikkan tahap profesionalisme kewartawanan negara.

Amaran Waspada

Jabatan Penerangan Malaysia kerap memberi peringatan dan pengumuman kepada orang ramai melalui sosial media.

Orang ramai diminta untuk sentiasa berwaspada dengan panggilan individu tidak dikenali yang menyamar sebagai pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan sebagainya.

Sebarang pengumuman atau pemakluman mengenai sesuatu urusan berkaitan dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) lazimnya dilakukan mengikut saluran rasmi seperti laman sesawang ataupun menerusi platform media soial suruhanjaya dan bukan menggunakan nama seseorang individu, penggunaan bahasa yang meragukan serta nombor telefon bimbit persendirian.

Segera laporkan panggilan sedemikian kepada pihak berkuasa seperit Polis Diraja Malaysia untuk perhatian dan tindakan susulan.

Pemansuhan Approved Permit (AP) bagi komoditi agromakanan

Kerajaan telah memansuhkan keperluan lesen import terhadap bahan makanan bagi membolehkan sesiapa sahaja dapat mengimport makanan ke negara ini.

Info lanjut di Buletin Kita Ok! Bil. 21/2022:
https://dbook.penerangan.gov.my/dbook/?product=buletin-kita-ok-bil-21-mei-2022

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengatakan bahawa “kerajaan hari ini telah memansuhkan keperluan lesen import (AP) terhadap bahan makanan, berkuat kuasa serta merta. Dengan pemansuhan keperluan permit ini, sesiapa sahaja boleh mengimport makanan ke negara ini”.

Sumber Kementerian Pertanian dan Industri Makanan:

  • Approved Permit (AP) yang merujuk kepada kelulusan kuota import dan kebenaran mengimport bagi komoditi agromakanan tertentu iaitu kubi bulat, kelapa tua biji, ayam (keratan ayam dan ayam bulat) dan susu cair, tidak lagi dikenakan dan dikuatkuasakan serta merta. Walau bagaimana pun, AP untuk pengimportan beras masih lagi berkuatkuasa.
  • Walaupun AP tidak lagi diperlukan untuk membawa masuk komoditi agromakanan dari luar negara, pengimport masih perlu mempunyai Import Permit (IP) bagi tujuan kawalan bio sekuriti di pintu-pintu masuk negara. Ini untuk memastikan bio sekuriti dan produk yang di import adalah bebas daripada penyakit dan perosak serta diperoleh daripada loji yang diiktiraf oleh kerajaan.
  • Dengan pemansuhan ini, semua syarikat adalah di benarkan mengimport semua komoditi agromakanan tertakluk kepada import permit (IP) yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) berserta syarat-syarat yang tertulis dalam permit selaras dengan subseksen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 Akta 728 dan juga Akta serta Peraturan lain yang berkuatkuasa.

Wabak Penyakit Monkeypox

Apakah MonkeyPox?

Penyakit cacar monyet adalah mirip penyakit cacar (smallpox) yang telah dibasmikan pada tahun 1980 berikutan program imunisasi cacar yang berjaya di seluruh dunia.

Ia disebabkan oleh jangkitan virus monkeypox daripada kumpulan orthopoxviruses.

Kementerian Kesihatan Malaysia akan terus memantau perkembangan situasi monkeypox ini melalui laporan yang dikeluarkan oleh pihak WHO dan melakukan pemantauan kes disyaki monkeypox di Malaysia di semua Pintu Masuk Antarabangsa (PMA).

Bagi pengembara yang tiba di Malaysia dari kawasan yang terdapat jangkitan wabak penyakit Monkeypox dan mengalami gejala penyakit ini dalam tempoh 3 minggu selepas meninggalkan kawasan tersebut.

  • Segera dapatkan rawatan di fasiliti kesihatan yang terdekat.
  • Maklumkan kepada doktor mengenai sejarah perjalanan tersebut.
  • Elakkann daripada kontak langsung dengan individu lain.
  • Lakukan pengasingan diri sekurang-kurangnya 21 hari bagi memastikan ruam moskupopular kering sepenuhnya.

Jangan sebar berita palsu

Kecanggihan teknologi maklumat terutamanya pada era revolusi perindustrian 4.0 yang berteraskan Internet menyebabkan maklumat dapat disebar dan diakses dengan begitu cepat sekali.

Oleh yang demikian, tentukan kesahihan sesuatu maklumat sebelum sebar. Pendek kata tidak pasti jangan kongsi.

  1. Faham apa yang anda baca mengenai sesuatu infomarsi yang di temui.
  2. Menilai. Cari keseimbangan, pertimbangan sewajarnya.
  3. Selidik. Buat pencarian lebih mendalam menjangkaui sumber awal.
  4. Sumber. Lihat asal usul cerita, adakah ia boleh di percayai.

Masyarakat perlu bijak dalam menilai kandungan maklumat yang diterima dan mengesahkan sumbernya daripada pihak yang dipercayai termasuk laman web, portal dan media sosial rasmi kerajaan sebelum berkongsi dan menyebarkan berita tersebut.

Strok Haba

Berikut merupakan perkara yang dapat membantu individu yang mengalami strok haba kerana ia boleh berlaku kepada sesiapa saja termasuk insan terdekat.

Jika orang sekeliling menunjukkan tanda mengalami strok haba seperti berikut:

  • Suhu badan tinggi
  • Individu itu tidak berpeluh
  • Fungsi mental terjejas, kekeliruan
  • Koma atau sawan

Maka perkara yang anda patut lakukan adalah seperti:

  • Segera bawah pesakit ke tempat teduh
  • Telefon 999 untuk bantuan ambulans
  • Longgarkan pakaian dan basahkan kulit badan sambil menjaga kesopanan pesakit
  • Berikan ruangan untuk udara segar atau kipas kepada pesakit
  • Letakkan ais di leher, ketiak atau pelipat paha untuk menyejukkan aliran darah

Langkah berjaga-jaga bagi elak strok haba:

  1. Minum air mencukupi
  2. Berada di kawasan nyaman dan redup
  3. Kurangkan kafein, alkohol dan gula
  4. Elakkan senaman yang sukar dan tidak perlu
  5. Pakai pakaian yang ringan, longgar dan bersesuaian

Awas! Kes denggi semakin meningkat

Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes aegypti yang telah dijangkiti.

Dua jenis demam denggi.

  1. Demam denggi biasa
  2. Demam denggi berdadah yang boleh membawakan maut

Tanda-tanda dan gejala selepas 5-6 hari gigitan nyamuk.

  • Demam panas
  • Sakit biji mata
  • Ruam
  • Loya dan muntah-muntah
  • Sakit sendi dan sakit tulang belakang
  • Sakit kepala

Demam denggi berdarah mempunyai tanda-tanda dan gejala seperti di atas dan juga pendarahan seperti berikut:

  • Mudah lebam
  • Pendarahan di bawah kulit, pada hidung atau gusi
  • Ia boleh diikuti dengan pendarahan di seluruh badan dan juga membawa maut

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top