Bantuan Am Persekutuan RM350 Sebulan Cara Mohon

Bantuan Am Persekutuan RM350 merupakan satu lagi bantuan yang diberikan oleh kerajaan Malaysia bagi membantu rakyat Malaysia yang kurang berkemampuan.

Kerajaan amat peka dengan keperluan Rakyat yang memerlukan.

Oleh itu, Bantuan Am Persekutuan di bawah seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat menyediakan bantuan tunai sehingga RM350 sebulan buat individu dan keluarga yang kurang berkemampuan dalam meneruskan kelangsungan hidup.

Bantuan Am Persekutuan RM350

Bantuan Am Persekutuan ini diberikan kepada individu atau keluarga yang kurang berkemampuan dan berkeperluan untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.

Kadar bayaran Bantuan Am Persekutuan:

Minimum sebanyak RM100 sebulan seorang dan maksimum sebanyak RM350 sebulan sekeluarga.

Bantuan Am Persekutuan RM350

Cara Memohon Bantuan Am Persekutuan

Permohonan boleh dilakukan di Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian yang terdekat.

Bagi individu atau keluarga yang memenuhi syarat-syarat yang dinyatakan, anda dipelawa untuk menghantar permohonan anda untuk dipertimbangkan.

Berikut merupakan cara-cara memohon Bantuan Am Persekutuan ini:

  1. Layari halaman Bantuan Am Persekutuan di alamat https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/bam.html?fbclid=IwAR0oQ26j0jhSs3zCNGkkyFOD3J1QkMkX3o4eHPSmyRXWO3FxESjgn2BjdZU
  2. Klik pada butang “Mohon Di Sini” untuk muat turun borang permohonan
  3. Lengkapkan segala butiran di dalam borang permohonan tersebut
  4. Hantarkan borang permohonan ke Pejabat Kebajikan Masyarakat / Negeri / Daerah / Jajahan

Syarat kelayakan

Hanya individu atau keluarga yang memenuhi syarat-syarat berikut sahaja akan dipertimbangkan permohonan mereka untuk bantuan khas ini.

  • Warganegara dan bermastautin di Wilayah Persekutuan
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi:
    1. Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) purata miskin isi rumah semasa; atau
    2. PGK purata miskin Per Kapita Semasa
  • Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah mana-mana skim bantuan bulanan JKM lain

Setiap negeri mempunyai Skim Bantuan Am Negeri yang tersendiri.

Syarat-syarat kelayakan dan kadar bantuan adalah tidak seragam dan had bantuan berbeza setiap negeri.

Maklumat lanjut dan pertanyaan

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai program ini, sila dapatkan bantuan dengan menghubungi pegawai JKM yang bertugas di talian di bawah:

  • 03-8882 4666
  • 03-8882 9089

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari infomarsi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

1 thought on “Bantuan Am Persekutuan RM350 Sebulan Cara Mohon”

Comments are closed.

Scroll to Top