Bantuan Am RM350 Kepada Kategori Ini

Bantuan Am RM350 akan dikreditkan kepada kategori rakyat ini. Sila semak maklumat lanjut dan ikuti cara memohon kepada rakyat yang berada dalam kategori tersebut.

Pihak kerajaan sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan dan inisiatif bertujuan membantu mereka yang berkelayakan.

Berikut ialah maklumat lanjut berkenaan bantuan kewangan ini:

Bantuan Am RM350

Bantuan Am Persekutuan di bawah seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat menyediakan bantuan tunai sehingga RM350 sebulan buat individu dan keluarga yang kurang berkemampuan dalam meneruskan kelangsungan hidup.

Kadar Bantuan Am Persekutuan adalah minima RM100 sebulan seorang dan maksimum RM350 sekeluarga.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara dan bermastautin di negeri-negeri berkaitan;
  • Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
  • Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah mana-mana skim bantuan bulanan JKM lain.
Bantuan am rm350

Cara Memohon Bantuan Am Persekutuan

Bagi individu atau keluarga yang memenuhi syarat-syarat yang dinyatakan, anda dipelawa untuk menghantar permohonan anda untuk dipertimbangkan.

Permohonan boleh dikemukakan melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat dengan mengisi Borang Permohonan dan membawa dokumen-dokumen sokongan.

Setiap permohonan yang didaftarkan juga akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Hal ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

Berikut merupakan cara-cara memohon Bantuan Am Persekutuan ini:

  1. Layari halaman Bantuan Am Persekutuan di alamat https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/bam.html?fbclid=IwAR0oQ26j0jhSs3zCNGkkyFOD3J1QkMkX3o4eHPSmyRXWO3FxESjgn2BjdZU
  2. Klik pada butang “Mohon Di Sini” untuk muat turun borang permohonan
  3. Lengkapkan segala butiran di dalam borang permohonan tersebut
  4. Hantarkan borang permohonan ke Pejabat Kebajikan Masyarakat / Negeri / Daerah / Jajahan

Cara Semakan Tarikh Menerima Bantuan

Pihak JKM tidak mengeluarkan jadual bulanan bagi tarikh bantuan disalurkan. Namun, penerima boleh lakukan semakan sendiri dengan aplikasi eMaklum yang disediakan oleh pihak kerajaan. Berikut cara semakannya:

  1. Muat turun aplikasi eMaklum (https://play.google.com/store/apps/details?id=my.gov.onegovappstore.emaklum&hl=ms&gl=US&pli=1)
  2. Tekan ‘Carian Dokumen’
  3. Masukkan nombor kad pengenalan
  4. Tekan ‘Jenis Carian’ – Pilih ‘No Akaun Bank’
  5. Masukkan nombor akaun bank anda
  6. Tarikh sebelah kiri masukkan tarikh pertama anda dapat bantuan JKM
  7. Tarikh sebelah kanan tak perlu isi apa-apa
  8. Tekan butang ‘Cari’
  9. Maklumat pembayaran akan dipaparkan

Maklumat lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai program ini, sila dapatkan bantuan dengan menghubungi pegawai JKM yang bertugas di talian di bawah:

  • 03-8882 4666

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top