BANTUAN BIL AIR PERCUMA SEHINGGA 2024

Bantuan Bil Air percuma sehingga 2024 kepada rakyat negeri Selangor dengan berpendapatan rendah.

Kerajaan Negeri Selangor telah mengadakan program penjajaran semula pemberian air percuma kepada penduduk Negeri Selangor melalui Iltizam Selangor Penyayang (ISP) dengan program bantuan Skim Air Darul Ehsan (SADE) yang menumpukan kepada pemberian bantuan bil air percuma kepada Kumpulan sasar di negeri itu dengan pendapatan isi rumah kurang daripada RM5,000.

Bantuan Bil Air percuma sehingga 2024

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN

Beberapa syarat kelayakan telah ditetapkan Kerajaan Negeri bagi program bantuan Skim Air Darul Ehsan (SADE) seperti berikut;

  1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia dan menetap di Negeri Selangor
  2. Pendapatan bulanan isi rumah RM5,000 dan ke bawah (bagi yang telah berkahwin, ini termasuk pendapatan pasangan bukan warganegara / atau bagi yang tiada pasangan atau bujang)
  3. Premis kediaman mempunyai meter individu
  4. Pemohon hanya layak memohon untuk satu akaun atau premis sahaja

KAEDAH PELAKSANAAN

Pengguna akaun meter pukal dalam kategori pangsapuri kos rendah akan terus menerima 20 meter padu air percuma di bawah Skim Air Darul Ehsan secara automatik sehingga 31 Disember 2024 mengikut kaedah sedia ada yang melibatkan JMB/MC serta Lembaga Perumahan Hartanah Selangor (LPHS).

PERMOHONAN BANTUAN

Daftar Sekarang permohonan untuk Skim Air Darul Ehsan secara dalam talian.

Muat Turun Borang bagi Pemohon yang ingin menghantar permohonan di kaunter perkhidmatan pelanggan Air Selangor.

Muat Turun borang penamatan/pembatalan Skim Air Selangor.

MAKLUMAT LANJUT

Sila rujuk soalan lazim FAQ bagi mengetahui lebih lanjut mengenai Skim Air Darul Ehsan ini.

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top