Bantuan Anak Emas RM200

Bantuan Anak Emas RM200, Cara mohon dan syarat kelayakan dikongsikan di halaman ini. Sila semak maklumat lanjut, bagi mereka yang berkelayakan boleh membuat permohonan.

Bantuan Anak Emas melibatkan sumbangan kewangan sebanyak RM200 secara ‘One-Off’ kepada mereka yang layak.

ISEJAHTERA

iSejahtera merupakan sistem yang dibangunkan untuk melancarkan pengurusan penyaluran pelbagai bantuan kebajikan dan penghargaan kerajaan negeri kepada rakyat Pulau Pinang.

Antara bantuan yang disalurkan melalui iSejahtera adalah Penghargaan Warga Emas, Bantuan Ibu Tunggal, Bantuan OKU, Anak Emas dan Bantuan Teksi & Bas Sekolah

Bantuan Anak Emas : Syarat Permohonan

Berikut adalah syarat permohonan Bantuan Anak Emas ini:

  • Anak mestilah seorang warganegara Malaysia.
  • Pendaftaran perlu dilengkapkan sebelum anak berumur 2 tahun.
  • Salah seorang ibu atau bapa kepada anak yang dilahirkan mestilah berdaftar di dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pengundi di Negeri Pulau Pinang.

Bantuan Anak Emas : Cara Memohon

Berikut adalah cara permohonan Bantuan Anak Emas :

  • Pendaftaran secara online boleh melayari laman web rasmi iSejahtera di https://isejahtera.penang.gov.my/
  • Pendaftaran secara manual boleh dibuat dengan mengisi borang pendaftaran yang diberikan secara percuma dan boleh diperolehi di semua Pejabat Daerah, Pusat Khidmat ADUN / Parlimen atau Pejabat Masyarakat Penyayang, Paras 46 KOMTAR dan kembalikan borang tersebut beserta dokumen sokongan yang diperlukan mengikut jenis program yang dipohon.

Senarai Dokumen Sokongan Yang Perlu Disertakan:

  • Salinan Sijil Kelahiran anak.
  • Salinan Kad Pengenalan ibu dan bapa.
  • Salinan muka depan buku bank/penyata bank/cetakan pengesahan akaun/penyata perbankan atas talian yang jelas memaparkan nama dan nombor akaun pemohon. Pastikan akaun bank yang dimuatnaik adalah akaun bank yang aktif.
  • Salinan Semakan Daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR).

Semakan Status Permohonan Bantuan Anak Emas

Semakan status permohonan Bantuan Anak Emas boleh dibuat melalui sistem iSejahtera atau dengan menghubungi Pejabat Masyarakat Penyayang di talian 04-650 5699 / 5700 atau Pejabat Daerah & Tanah mengikut daerah masing-masing.

Berkenaan dengan tarikh pembayaran, ia akan dilaksanakan secara berperingkat. Untuk membolehkan pemohon menerima sumbangan bagi tahun semasa.

Pendaftaran yang disahkan selepas tarikh 30 Jun akan menerima bayaran sumbangan pada tahun berikutnya.

Bantuan Anak Emas

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan permasalahan mengenai bantuan ini, bolehlah rujuk laman web rasmi iSejahtera

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top