Bantuan Laptop Percuma untuk Pelajar B40

Bantuan Laptop Percuma untuk golongan B40, golongan yang berkelayakan boleh membuat permohonan.

Berikut adalah penerangan lanjut mengenai bantuan laptop percuma ini khas untuk warga negeri Sabah. Sila kongsi sekiranya info ini bermanfaat.

Bagi tahun 2023 ini, permohonan Bantuan Ihsan Komputer (BAIK) telah dibuka kembali.

Bantuan ini pada asasnya melibatkan pemberian komputer riba (laptop) percuma kepada anak-anak golongan B40 dari Negeri Sabah yang sedang menuntut di Institut Pengajian Tinggi (IPT).

Pelaksanaan BAIK

Pelaksanaan Bantuan Ihsan Komputer (BAIK) telah dimulakan pada tahun 2021 bagi Fasa 1 melibatkan pelajar miskin yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

Pelaksanaan inisiatif Fasa 1 ini melibatkan jumlah sebanyak RM15 juta yang memanfaatkan 10,000 orang pelajar.

Bantuan Laptop Percuma untuk golongan B40

Syarat-syarat Kelayakan

  • Permohonan terbuka kepada pelajar-pelajar IPT berstatus Bumiputera berasal dari Sabah yang memerlukan komputer untuk tujuan pembelajaran;
  • Satu komputer hanya untuk satu Ketua isi Rumah (KIR) sahaja;
  • Ibu dan bapa atau penjaga dalam golongan e-kaslh;
  • Memberikan justifikasi keperluan komputer riba.

Cara Memohon

Bagi yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan bantuan boleh dibuat secara atas talian (online) melalui Portal BAIK.

Permohonan hendaklah dibuat secara lengkap dan pemohon hendaklah memberikan maklumat yang benar serta tepat.

Permohonan boleh dibuat melalui cara permohonan berikut:

  1. Layari pautan permohonan https://baik.sabah.gov.my/.
  2. Klik butang ‘Permohonan.’
  3. Klik butang ‘Belum Daftar? Klik DiSini.’
  4. Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar.’
  5. Log masuk ke dalam laman web tersebut.
  6. Buat permohonan sehingga tamat.

Untuk maklumat lebih lengkap berkenaan bantuan ini, sila rujuk – DI SINI.

Permohonan Secara Manual

Permohonan boleh dibuat secara manual dengan mengisi borang permohonan dan menghantar borang tersebut ke Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas seperti di alamat di bawah:

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Tugas-Tugas Khas)
Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Tugas-Tugas Khas)
Jabatan ketua Menteri
Aras 29, Blok A, Menara Kinabalu,
8840 Kota Kinabalu, Sabah

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk dimuat naik adalah seperti berikut:

  1. Salinan kad pengenalan ibu bapa dan pemohon.
  2. Salinan slip gaji/pengesahan pendapatan ibu bapa.
  3. Salinan tawaran dan pengesahan pelajar daripada IPTA/S.

Maklumat Lanjut Bantuan Ihsan Komputer (BAIK Sabah)

Untuk maklumat lanjut mengenai BAIK, sila hubungi Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas di talian 088-369872 atau layari laman web https://mttk.sabah.gov.my/

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top