Bantuan Automotif Keluarga Malaysia

Sejak kejadian bencana alam yang dialami oleh negara kita, kerajaan telah memberi bantuan dan bekerjasama dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri bagi mengurangkan beban kos pembaikan kenderaan.

Lembaga Hasil Dalam Negeri telah membuka bantuan automotif dengan nama Bantuan Automotif Keluarga Malaysia (Bengkel Tidak Berdaftar).

Pada 18 Januari lalu, Menteri Kewangan Malaysia, Tengku Zafrul telah membuat sidang media berkenaan dengan bantuan ini.

Secara ringkas mengenai ucapan beliau, salah satu daripada bantuan yang disediakan kerajaan dalam Bantuan Banjir Keluarga Malaysia adalah Bantuan Automotif Keluarga Malaysia.

Dimana kadar bantuan ini sehingga RM1000 kepada warganegara mangsa banjir untuk pembaikan atau penggantian kenderaan penumpang persendirian termasuk motorsikal, trak pikap dan van bertingkap yang rosak akibat bencana banjir.

Beliau mengatakan lagi, sehingga kini hampir 20 syarikat automotif dengan rangkaian lebih 1800 pusat servis berdaftar di seluruh negara telah bersetuju untuk menyertai inisiatif Bantuan Automotif Keluarga Malaysia.

Permohonan Bantuan Automotif Keluarga Malaysia untuk bengkel tidak berdaftar boleh dibuat secara dalam talian mulai 19 Januari 2022 di laman rasmi https://bantuanautomotif.hasil.gov.my

Permohonan secara bersemuka atau fizikal juga boleh dibuat dimana-mana Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) serta cawangan LHDN rasmi berhampiran.

Pemohon boleh rujuk soalan lazim FAQ di halaman Bantuan Banjir Keluarga Malaysia iaitu https://bantuanbanjir.com bagi mendapatkan rujukan lanjut.

Syarat Pemohon

  • Pemohon hendaklah warganegara Malaysia.
  • Ketua isi rumah (KIR) yang berdaftar dengan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) / Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) / Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).
  • Kenderaan milik persendirian (Ketua Isi Rumah KIR, Ahli Isi Rumah AIR) yang rosak akibat banjir berdasarkan resit yang disertakan.
  • Kenderaan yang tidak dilindungi insurans bencana alam.

Syarat Tuntutan

  • Bantuan Automotif Keluarga Malaysia (Bengkel tidak berdaftar) berkuatkuasa pada 18 Disember 2021 sehingga 31 Mac 2022 selaras dengan jangkaan tempoh monsun timur laut.
  • Jenis kenderaan yang layak adalah kenderaan persendirian yang rosak akibat banjir tanpa perlindungan insurans bencana alam sahaja.
  • Hanya kenderaan yang tidak dihantar ke pusat servis atau pengedar sah berdaftar dengan syarikat yang mengambil bahagian sahaja layak membuat tuntutan.

Permohonan boleh dibuat secara:

  • Dalam talian di Portal Rasmi Bantuan Automotif Keluarga Malaysia (https://bantuanautomotif.hasil.gov.my)
    • Klik menu Permohonan atau Mohon Disini; atau
  • Secara Manual (Borang Permohonan Bantuan Automotif Keluarga Malaysia) boleh di dapati di mana-mana Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) atau Cawangan LHDNM yang berdekatan.

Status Permohonan Dan Pembayaran

  • Tarikh pembayaran Bantuan Automotif Keluarga Malaysia (Bengkel Tidak Berdaftar) bagi kelompok pertama yang berstatus lulus adalah mulai 28 Februari 2022 secara berperingkat.
  • Penunaian secara tunai di BSN boleh dibuat mulai 2 Mac 2022 hingga 30 Jun 2022.
  • Pemakluman kelulusan akan dibuat melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) ke nombor telefon bimbit yang didaftarkan dalam borang permohonan.
  •  Semakan kelayakan secara berperingkat.

Pemohon haruslah membawa dokumen sokongan iaitu resit pembaikan atau penggantian kenderaan persendirian yang rosak atau musnah akibat banjir.

Untuk sebarang maklumat lanjut dan rujukan FAQ, sila layari laman web rasmi Bantuan Automotif Keluarga Malaysia di https://bantuanautomotif.hasil.gov.my

Pemohon juga boleh menghubungi operator Lembaga Hasil Dalam Negeri melalui nombor hotline dibawah:

Hotline Bantuan Khas Kerajaan (BKK) LHDNM: 1-800-88-2747
Hotline MOF: 03-8882 4565 / 03-8882 4566

Diharap info ini dapat memberi manfaat kepada pembaca laman portal ini. Terima kasih.

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top