Cuti Bersalin 98 Hari, Cuti Paterniti 7 Hari

Cuti bersalin dinaikkan kepada 98 Hari manakala Cuti Paterniti dinaikkan 7 Hari dengan bersyarat!

Tempoh cuti bersalin kini dilanjutkan daripada 90 hari kepada 98 hari manakala cuti paterniti lelaki dilanjutkan daripada 3 hari kepada 7 hari.

Berita baik buat golongan suami dan isteri yang bakal menimang anak ini dilaporkan melalui berita-berita tempatan.

Pada perhimpunan di Dewan Rakyat baru-baru ini, Rang Undang-Undang Kerja (Pindaan) 2021 ini telah diluluskan di Dewan Rakyat dimana ia memperoleh sokongan ahli Dewan Rakyat melalui undian suara.

Tujuan utama pindaan ini adalah memberi ruang kepada pekerja lelaki yang isterinya bersalin supaya dapat menguruskan kelahiran anak dalam tempoh yang mencukupi.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim berkata, “Cadangan ini juga selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia Ceraian SR.5.4.2 yang menekankan konsep mengutamakan keluarga,” ujar beliau dalam sesi perbahasan di Dewan Rakyat.

Tujuan lain cuti tambahan tersebut ialah bagi menenangkan emosi isteri yang masih belum stabil selepas melahirkan anak, pemberian tambahan cuti paterniti ini adalah amat penting.

Selain itu, suami juga memainkan peranan penting sebagai suami atau bapa yang bertanggungjawab untuk menjaga keluarganya.

Selain itu, Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim juga memaklumkan bahawa cuti paterniti itu diberikan kepada pekerja lelaki yang sudah berkahwin dan tidak terhad untuk satu isteri sahaja.

Pekerja kerajaan dan swasta juga akan menikmati manfaat ini sama rata.

Parlimen telah meluluskan pindaan tersebut seiring dengan cadangan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO). Untuk makluman, di bawah konvensyen 183 ini, kerajaan perlu beri jaminan cuti bersalin berbayar selama 14 minggu kepada petugas wanita.

Kelayakan cuti paterniti terhad kepada 5 kali kelahiran tanpa mengira bilangan isteri dan cuti bermula pada hari isteri bersalin.

Selain itu, pekerja lelaki, antara lain, perlu bekerja sekurang-kurangnya 12 bulan dengan majikan sama.

Ringkasan

Pindaan dan persetujuan ini selaras dengan Konvensyen Pertubuhan Buruh (ILO).

Dewan Rakyat meluluskan pindaan Akta Kerja 1955 (Akta 265):

  • Cuti bersalin dinaikkan kepada 98 hari daripada 90 hari.
  • Cuti paterniti dinaikkan kepada 7 hari daripada 3 hari.

Berikut adalah syarat kelayakan cuti paterniti:

  • Telah bekerja selama 12 bulan dengan majikan yang sama.
  • Terhad kepada 5 kelahiran sahaja tanpa mengira bilangan isteri.
  • Telah berkahwin.
  • Cuti ini boleh diambil mulai dari hari isteri bersalin.

Melalui pindaan ini pekerja swasta lelaki akan dapat manfaat dan faedah yang sama dengan penjawat awam lelaki.

Oleh itu, Akta Kerja atau Akta 265 telah digubal bagi memberi perlindungan dan kebajikan kepada golongan pekerja melalui penetapan terma-terma dan syarat-syarat pekerjaan minimum, berkuat kuasa di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Majikan tidak lagi boleh pecat pekerja hamil

Berdasarkan Akta Kerja 1955 yang diluluskan di Dewan Rakyat semalam (21 Mac), majikan kini tidak dibenarkan untuk memecat pekerja yang hamil.

Pindaan tersebut juga membenarkan pekerja untuk memohon pengaturan kerja yang fleksibel bergantung kepada jenis tempat kerja dan waktu bekerja.

Pindaan Fasal

Antara fasal yang dipinda dan digubal adalah:

Fasal 12

  • Pemanjangan cuti bersalin dari 60 hari kepada 98 hari.

Fasal 20 dan Fasal 21

  • Pengurangan waktu kerja dan waktu kerja syif daripada 48 jam seminggu kepada 45 jam seminggu.

Fasal 22

  • Pengasingan cuti hospitalisasi daripada kelayakan cuti sakit minimum.

Peruntukan Fasal Baharu

Antara peruntukan fasal baharu adalah:

Fasal 13

  • Larangan pemberhentian wanita hamil

Fasal 23

  • Cuti paterniti lelaki dari 3 hari kepada 7 hari.

Fasal 27

  • Aturan kerja fleksibel

Fasal 36

  • Mewajibkan majikan supaya mempamerkan notis pencegahan gangguan seksual di tempat kerja.

Sumber: Utusan

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top