Amalkan Kaedah TRIIS Semasa Endemik

Negara akan memasuki Fasa Peralihan Endemik bermula 1 April ini.

Ia adalah fasa peralihan untuk negara kembali kepada kehidupan normal selepas rakyat bergelut dengan pandemik COVID-19 

Demi usaha kerajaan dan rakyat dalam membuka semula sektor-sektor ekonomi dan sosial, serta persediaan menjalani kehidupan fasa endemik yang bermula 1 April nanti.

Tindakan kesihatan awam di perkukuhkan dengan pelaksaan TRIIS.

Kesihatan kendiri harus diutamakan sewaktu fasa endemik nanti.

Apakah TRIIS?

TRIIS merupakan singkatan huruf bagi Test, Report, Inform, Isolate dan Seek.

Amalkan kaedah TRIIS ini semasa endemik sebagai kebiasaan baharu:

  • Test (Uji)
    • Segera lakukan ujian pengesanan Covid-19 secara kendiri sekiranya mengalami gejala jangkitan seperti demam, batuk atau hidung berair.
  • Report (Lapor)
    • Laporkan keputusan ujian pengesanan kendiri samada negatif, positif ataupun tidak sah, secepat mungkin di aplikasi MySejahtera
  • Inform (Maklum)
    • Maklumkan kepada semua kontak rapat anda dan laporkan kepada pihak berkuasa kesihatan melalui aplikasi MySejahtera, semua kontak rapat anda dalam masa 3 hari sebelum membuat ujian saringan.
  • Isolate (Asing)
    • Lakukan pengasingan kendiri dengan segera dan berdisiplin sekiranya anda positif Covid-19. Patuhi perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah (HSO) atau House Surveillence Order serta tatacara isolasi kendiri.
  • Seek (Dapatkan rawatan)
    • Dapatkan penilaian atau rawatan segera di CAC (Covid Assestment Center) Pusat Penilaian Covid berdekatan atau fasiliti kesihatan yang berhampiran sekiranya gejala bertambah teruk atau ada sebarang tanda amaran Covid-19 seperti sesak nafas, sakit dada atau demam yang berpanjangan.
Sumber imej Ministry of Health

Sumber informasi ini daripada Facebook Page Public Health Malaysia dan info ‘triis’ di dalam laman sesawang MOH.GOV.MY

Untuk makluman, individu yang tidak ketahui tentang aplikasi MySejahtera, berikut adalah info-info berkaitan MySejahtera.

Adalah disarankan agar kepada setiap individu untuk memuat turun aplikasi tersebut ke dalam telefon pintar anda.

Apakah MySejahtera

MySejahtera merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia
untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak COVID-19 di dalam
negara dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan
kendiri.

Pada masa yang sama, ia membantu Kementerian Kesihatan Malaysia
(KKM) mendapat maklumat awal untuk mengambil tindakan yang cepat dan
berkesan.

  • Aplikasi MySejahtera dibangunkan untuk:
    • Membantu Kerajaan dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan seterusnya menangani wabak COVID-19;
    • Membantu individu mengenal pasti tahap kesihatan mereka sepanjang penularan wabak COVID-19;
    • Membantu individu mendapatkan bantuan kesihatan dan tindakan yang perlu diambil jika dijangkiti COVID-19; dan
    • Membantu individu mengenal pasti hospital dan klinik terdekat untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan COVID-19.

Aplikasi MySejahtera dibangunkan untuk menyokong pelaksanaan Akta
Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342].

Mengemukakan maklumat palsu adalah suatu kesalahan di bawah Seksyen 22
Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342] dan
Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588].

Aplikasi MySejahtera dibangunkan melalui kerjasama strategik antara Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Aplikasi MySejahtera boleh dimuat turun dari:

  1. Galeri Aplikasi Mudah AlihKerajaan Malaysia (GAMMA),
  2. Apple App Store,
  3. Google Play Store dan
  4. Huawei AppGallery.

Aplikasi MySejahtera adalah percuma untuk dimuat turun ke dalam telefon pintar.

Untuk mendaftar aplikasi ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Langkah 1: Muat turun dan pasang aplikasi MySejahtera daripada Galeri
    • Aplikasi Mudah Alih Kerajaan Malaysia (GAMMA),
    • Apple AppStore,
    • Google Play Store atau
    • Huawei AppGallery;
  2. Langkah 2: Tekan butang “Daftar Di Sini” untuk mendaftar pengguna baharu;
  3. Langkah 3: Masukkan nombor telefon bimbit dan klik “Daftar” atau klik pautan “Saya ingin menggunakan e-mel untuk mendaftar” (jika ingin mendaftar menggunakan e-mel);
  4. Langkah 4: Anda akan menerima OTP melalui SMS daripada 63839 (jika mendaftar menggunakan nombor telefon) atau pautan pengesahan pendaftaran melalui e-mel (jika mendaftar menggunakan e-mel);
  5. Langkah 5: Masukkan OTP yang diterima dan tekan “Hantar” (jika mendaftar menggunakan nombor telefon) atau klik pada pautan dalam e-mel (jika mendaftar menggunakan e-mel);
  6. Langkah 6: Masukkan butiran pendaftaran seperti arahan di skrin dan tekan butang “Sahkan”;
  7. Langkah 7: Anda akan mendapat mesej “Pendaftaran Berjaya”. Klik pada link “Tutup” di bahagian bawah skrin untuk kembali ke laman Log Masuk;
  8. Langkah 8: Masukkan ID Pengguna (nombor telefon atau e-mel) dan kata laluan anda dan klik “Log Masuk”;
  9. Tahniah! Anda berjaya mendaftar sebagai pengguna.

Anda BOLEH mendaftarkan maklumat berhubung ahli keluarga atau individu
lain yang tidak mempunyai nombor telefon atau akses kepada telefon pintar melalui fungsi “Urus Tanggungan” di dalam aplikasi ini.

Aplikasi ini akan turut membantu anda memantau tahap kesihatan mereka.

Setelah melengkapkan penilaian kesihatan kendiri, status kesihatan anda akan
diklasifikasikan sebagai salah satu klasifikasi berikut:

  • Low Risk
  • Casual contact
  • Close Contact
  • Person Under Surveillance (PUS)
  • Person Under Investigation (PUI)
  • Confirmed Case

Sekiranya terdapat kesilapan teknikal atau sebarang masalah ketika menggunakan aplikasi MySejahtera anda boleh mendapatkan bantuan melalui fungsi ‘Bantuan Teknikal’ dalam aplikasi MySejahtera.

Aplikasi ini dimiliki oleh Kerajaan Malaysia dan diuruskan oleh KKM sebagai pentadbir aplikasi dengan dibantu oleh MKN dan MAMPU.

Kerajaan memberi jaminan bahawa maklumat peribadi anda akan digunakan bagi tujuan
pemantauan dan pencegahan wabak COVID-19 sahaja.

Maklumat peribadi anda tidak akan dikongsi atau diberikan kepada mana-mana pihak yang lain.

Semua maklumat pesakit COVID-19 adalah terpelihara di bawah kerahsiaan maklumat rekod perubatan.

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top