Bantuan Bakul Makanan Bernilai RM100 Sebulan

Bantuan Bakul Makanan Bernilai RM100 Sebulan diberikan kepada golongan yang layak melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Terdapat beberapa penambahbaikan yang dapat dilihat antaranya jumlah bantuan diberikan maksimum sehingga RM3,100 berbanding sebelum ini berjumlah RM2,500.

Kerajaan Perpaduan menekankan pendekatan rahmah dalam membela nasib rakyat susah terutamanya golongan rentan dan mudah terjejas.

Kerajaan juga telah memperkenalkan konsep Payung Rahmah sebagai induk kepada insitiatif-initiatif membantu golongan kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup sekarang.

Halaman ini berkongsi maklumat lanjut mengenai Bantuan Bakul Makanan.

Bantuan Bakul Makanan STR Tambahan RM600 Sumbangan Asas Rahmah

Bantuan bakul makanan ini adalah STR Tambahan atau Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang merupakan sebuah insiatif wang tambahan yang diperkenalkan oleh kerajaan ketika pembentangan Belanjawan 2023.

Bantuan ini diberikan bertujuan untuk membantu golongan miskin tegar dalam menghadapi kenaikan kos sara hidup yang semakin tinggi.

Hanya golongan isi rumah di bawah miskin tegar dan tersenarai di dalam data e-Kasih, Pejabat Persekutuan atau Unit Penyelerasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri layak untuk menerima STR Tambahan ini.

Pembayaran sebanyak RM600 akan diberikan dalam tempoh enam bulan (RM100 x 6 Bulan) dalam bentuk bakul makanan dan baucar barangan makanan asas.

Kadar Bantuan Sumbangan Asas Rahmah

Kadar bantuan adalah:

  • RM600 dan,
  • bantuan akan disalurkan berbentuk makanan dan secara baucar barangan makanan asas.

Ia akan diagihkan dengan pengkreditan ke Kad Pengenalan bagi mereka yang layak untuk membuat pembelian barangan makanan di pasaraya terpilih (maklumat mekanisme penyaluran terperinci akan dikemaskini dari semasa ke semasa).

Kategori Yang Layak Menerima STR Tambahan

Kadar STR tambahan berjumlah RM600 dikhususkan kepada penerima isi rumah yang telah dikenal pasti berada dalam kategori miskin tegar.

Kelayakan kadar tambahan ini terhad kepada:
penerima isi rumah yang tersenarai sebagai Miskin Tegar dalam rekod data eKasih; dan
mestilah berpendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169 berdasarkan semakan silang agensi pendapatan.

Bantuan bakul makanan bernilai RM100

Tarikh Pengkreditan Bantuan Bakul Makanan

Bantuan akan disalurkan bermula bulan Julai hingga Disember 2023.
Sila rujuk jadual berikut :

  • SARA 1 – Julai 2023 (RM100)
  • SARA 2 – Ogos 2023 (RM100)
  • SARA 3 – September 2023 (RM100)
  • SARA 4 – Oktober 2023 (RM100)
  • SARA 5 – November 2023 (RM100)
  • SARA 6 – Disember 2023 (RM100)

Semakan Status

Bagi yang tidak pasti sama ada anda tersenarai dalam eKasih, sila semak pendaftaran di pautan berikut:

  • https://ekasih.icu.gov.my/

Langkah Membeli Barangan Bantuan Makanan

Berikut dikongsikan cara untuk membeli barangan makanan menggunakan mykad:

1. Pilih Barangan Keperluan
Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 10 kategori makanan yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga

2. Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan
Juruwang menyemak status MyKad Penerima bantuan

3. Imbas Kod Barangan
Juruwang mengimbas setiap barang keperluan makanan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan

4. Bayar Menggunakan MyKad
Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian

5. Simpan Resit Untuk Semakan
Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Sеkіrаnуа tеrluра kata lаluаn dаn gagal menjawab soalan kеѕеlаmаtаn (percubaan sebanyak 3 kаlі diberikan), ID MуSTR аkаn dіѕеkаt dаn dіbеnаrkаn untuk mеnсubа ѕеmulа selepas 24 jаm.

Sebarang bantuan lаnjut, bоlеh hubungi LHDNM bеrhаmріrаn аtаu tаlіаn Hоtlіnе BKK LHDNM 1-800-88-2747.

Atаu anda bоlеh layari Pоrtаl Rаѕmі https://bantuantunai.hasil.gov.my/

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top