E-Tunai RM200 Guna Sebelum 31 Ogos 2023

E-Tunai RM200 ini adalah bantuan kredit eBeliaRahmah. Program eBeliaRahmah merupakan satu inisiatif Kerajaan yang telah diumumkan di bawah Belanjawan 2023 oleh Kementerian Kewangan.

Program ini bertujuan untuk terus mempupuk budaya pembayaran tanpa tunai dalam kalangan belia selain meringankan beban kewangan golongan belia dan pelajar IPT sepenuh masa.

TARIKH PENDAFTARAN DAN TUNTUTAN

Tempoh pendaftaran dan tuntutan eBeliaRahmah adalah mulai 8.00 pagi pada 26 Jun 2023 sehingga 22 Ogos 2023, manakala kredit eBeliaRahmah serta manfaat padanan daripada penyedia perkhidmatan e-dompet terlibat boleh dibelanjakan secara ‘offline’ sehingga 31 Ogos 2023.

Tuntut dan tebus sebelum 22 Ogos 2022

E-TUNAI KADAR BAYARAN

Program ini bakal memanfaatkan kepada 2 juta orang belia Malaysia. Setiap belia yang layak akan menerima bayaran berjumlah :

  • RM200

TARIKH AKHIR PERBELANJAAN

Kredit eBeliaRahmah serta manfaat padanan daripada penyedia perkhidmatan e-dompet terlibat boleh dibelanjakan secara ‘offline’ sehingga:

  • 31 Ogos 2023.

CARA TEBUS

Untuk menuntut kredit bantuan ini, anda perlu memuat turun salah satu daripada aplikasi e-dompet berikut:

  • BigPay
  • ShopeePay
  • Boost
  • Touch N Go eWallet
  • GrabPay

Sebaik sahaja anda telah memuat turun aplikasi, anda perlu membuat akaun dan mengesahkan identiti anda.

Setelah akaun anda disahkan, anda boleh mengikuti langkah berikut untuk membuat tuntutan/ claim:

  • Buka aplikasi e-Wallet
  • Pilih bahagian “e-Tunai Belia Rahmah”
  • Masukkan No. Kad Pengenalan
  • Klik butang “Tebus/ Claim”
  • Anda akan menerima mesej pengesahan setelah proses kredit berjaya

KELAYAKAN

  • Syarat kelayakan:
    • Warganegara Malaysia; dan
    • Mencapai umur 18 ke 20 tahun pada tahun 2023 (lahir pada tahun 2003 sehingga 2005);
      ATAU
    • Merupakan pelajar aktif sepenuh masa sebelum 30 April 2023, tanpa had umur di peringkat setara diploma atau SKM4 dan ke atas di Institusi Pengajian Tinggi (“IPT”) berdaftar dengan salah satu kementerian berikut (yang dirujuk sebagai Kementerian Pengawal):
      • Kementerian Pendidikan Tinggi;
      • Kementerian Pendidikan;
      • Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan;
      • Kementerian Pertahanan;
      • Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah;
      • Kementerian Belia dan Sukan;
      • Kementerian Sumber Manusia;
      • Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya; dan
      • Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
    • Data pemohon akan disemak silang dengan institusi pendidikan yang berdaftar dan pangkalan data Kerajaan yang berkenaan

Penerima yang layak hanya boleh menuntut kredit eBeliaRahmah sekali daripada 1 penyedia perkhidmatan e-dompet sahaja. Sila rujuk aplikasi e-dompet masing-masing untuk maklumat lanjut mengenai penebusan kredit eBeliaRahmah.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Soalan Lazim eBeliaRahmah

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top