Bantuan Insentif RM150 MyCRS

Bantuan Insentif RM150 ini ialah Program Insentif Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak (MyCRS) 2023 adalah sebuah program anjuran Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) khusus untuk rakyat Malaysia daripada golongan B40 dan M40 bertujuan untuk meningkatkan kesedaran berhubung keselamatan kanak-kanak yang menaiki kenderaan dengan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak.

Semakan kelayakan boleh dibuat melalui Laman Sesawang MyCRS (Semakan) bermula dari 19 Jun 2023 sehingga 30 september 2023
Penerima yang disenarai layak boleh terus menebus insentif MyCRS 2023 dengan membuat pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak di mana-mana kedai bayi yang telah berdaftar dengan MIROS.

SYARAT KELAYAKAN

Kelayakan

  • Syarat kelayakan:
    1. Warganegara yang menetap di Malaysia
    2. Pemohon adalah daripada kategori pendapatan isi rumah B40 dan M40
    3. Mempunyai anak yang berusia kurang daripada 12 tahun atau ibu yang sedang mengandung

KADAR INSENTIF

Jumlah insentif maksima di bawah program ini:

  • Kerusi keselamatan yang berharga RM150 dan ke bawah boleh dibeli/diperolehi secara percuma; manakala untuk
  • Kerusi keselamatan yang berharga RM150 ke atas, bayaran tambahan perlu dibuat oleh penerima insentif

TARIKH PERMOHONAN

Bagi individu yang belum pernah memohon, mereka boleh membuat permohonan baharu di Laman Sesawang MyCRS (Daftar Permohonan) bermula 1 Julai 2023 hingga 15 September 2023*

Pemohon hanya dibenarkan untuk menghantar satu permohonan kerusi keselamatan bagi satu isi rumah.

Tempoh penebusan insentif MyCRS 2023 adalah sehingga 30 September 2023 atau sehingga peruntukan habis diguna pakai.

CARA MEMOHON

  • Bagi individu yang pernah memohon skim MyCRS 2022, mereka boleh membuat semakan kelayakan di Laman Sesawang MyCRS (Semakan) bermula pada 19 Jun 2023 sehingga 30 September 2023
  • Bagi individu yang belum pernah memohon, mereka boleh menghantar permohonan baharu di Laman Sesawang MyCRS (Daftar Permohonan) bermula 1 Julai 2023 sehingga 15 September 2023
  • Dokumen yang diperlukan bagi permohonan baharu:
    1. Salinan MyKad pemohon; dan
    2. MyKid/Sijil Lahir untuk anak yang berusia kurang daripada 12 tahun; atau
    3. Buku rekod kesihatan ibu mengandung (untuk anak yang masih dalam kandungan)
  • Semakan kelayakan bagi permohonan baharu adalah selepas 2 minggu dari tarikh mendaftar
  • Bagi penjual kerusi keselamatan kanak-kanak yang berminat untuk mendaftar di bawah program MyCRS 2023, mereka boleh mengemukakan pertanyaan kepada [email protected]

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut, sila layari Laman Rasmi MyCRS 2023 atau rujuk Panduan Pengguna MyCRS 2023

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top