Skip to content

Bantuan RM300 One-Off BAKIPT

Bantuan RM300 One-Off BAKIPT, untuk golongan yang memerlukan. BAKIPT adalah singkatan Bantuan Awal Kemasukan Institut Pengajian Tinggi.

Bantuan BAKIPT yang telah dibuka permohonnya bagi tahun 2023 ini. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan berkenaan:

Bantuan BAKIPT

Bantuan Awal Kemasukan Ke IPT atau BAKIPT adalah sebuah bantuan kewangan sebanyak RM300 secara ‘one-off’ yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Kedah kepada mereka yang berkelayakan.

Syarat-syarat kelayakan bagi bantuan ini adalah seperti berikut:

  • Pemohon LAHIR di Negeri Kedah dan BERMASTAUTIN serta MENETAP di Negeri Kedah. (Mengikut alamat pada surat tawaran IPT);
  • Pemohon mestilah membuat Semakan Daftar Pemilih terlebih dahulu untuk mendapatkan maklumat Dewan Undangan Negeri (DUN) di laman sesawang https://mysprsemak.spr.gov.my sebelum membuat permohonan;
  • Pendapatan kasar bulanan isi rumah dan bilangan anak (selain pemohon) berumur 21 tahun dan ke bawah adalah seperti berikut
    • RM3,000 dan ke bawah
    • RM3,001 – RM6,000
  • Permohonan dibuka bagi peringkat DIPLOMA atau IJAZAH SARJANA MUDA secara SEPENUH MASA bagi SEMESTER PERTAMA KEMASUKAN BAHARU TAHUN 2023 sahaja dan hendaklah dikemukakan dalam tempoh yang ditetapkan;
  • Pemohon telah menerima surat tawaran melanjutkan pelajaran ke IPT DALAM NEGARA atau LUAR NEGARA. (Bidang pengajian hendaklah diiktiraf oleh Malaysian QualificationAgency https://www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm
    Pemohon hendaklah membuat Bayaran Pendaftaran Awal Pengajian atau mengemukakan Surat Pengesahan Penerimaan Tawaran Masuk IPT;
  • Permohonan hanya diberikan SEKALI SAHAJA sepanjang tempoh pengajian bagi setiap peringkat pengajian yang berbeza.
    Dokumen sokongan yang WAJIB dimuat naik di dalam bentuk PDF/JPEG/JPG/PNG yang DISAHKAN oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional / Penghulu Mukim / Pengetua Sekolah / Pegawai Daerah / ADUN adalah seperti berikut:
    • Salinan Kad Pengenalan Pemohon. (DISAHKAN)
    • Salinan Kad Pengenalan Tanggungan 3 Anak (selain pemohon) yang berumur 21 tahun dan ke bawah. (DISAHKAN)
    • Salinan Slip Gaji Ibu / Bapa / Penjaga atau Borang Pengesahan Pendapatan Ibu/ Bapa/ Penjaga BPPSPPNK/07. (DISAHKAN)
    • Salinan Surat Tawaran Kemasukan Ke IPT. (DISAHKAN)
    • Salinan Resit Bayaran Pendaftaran Awal Pengajian atau Surat Pengesahan Penerimaan Tawaran Masuk IPT. (DISAHKAN)
    • Salinan Akaun Bank / Penyata Bank pemohon. (DISAHKAN)
    • Borang Pengesahan Tempat Tinggal Oleh Penghulu Mukim Negeri Kedah Darul Aman BPPSPPNK/09. (Bagi pemohon yang LAHIR di kawasan bersempadan Negeri Perlis, Perak dan Pulau Pinang sahaja)
  • Pelajar kategori berikut TIDAK LAYAK memohon:
    • Pelajar SIJIL / ASASI / MATRIKULASI / FOUNDATION;
    • Pelajar PASCA-SISWAZAH;
    • Pelajar SEPARUH MASA;
    • Pelajar LUAR KAMPUS;
    • Pelajar di INSTITUSI PERGURUAN (IPG);
    • Pelajar PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN; dan
    • Pelajar di bawah LATIHAN SEPARA PERUBATAN (Kolej Perubatan / Kolej Kejururawatan Kementerian Kesihatan Malaysia)
  • Permohonan yang TIDAK LENGKAP dan TIDAK MEMENUHI SYARAT TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN dan DITOLAK.
Bantuan RM300 One-Off BAKIPT

TARIKH PERMOHONAN

Semester Pertama Kemasukan Baharu Januari 2023 – Jun 2023:
15 Februari 2023 – 30 Jun 2023

Semester Pertama Kemasukan Baharu Julai 2023 – November 2023:
1 Julai 2023 – 31 Oktober 2023

KAEDAH PERMOHONAN
Secara dalam talian melalui pautan: https://eservices.kedah.gov.my/ibakipt

KADAR BANTUAN

Jumlah sumbangan ialah RM300.00 (Ringgit Malaysia Tiga Ratus Sahaja).

Cara Memohon

Prmohonan dan maklumat terperinci boleh layari laman:

Untuk makluman pemohon, permohonan bantuan ini dibuka bermula 1 Julai 2023 sehingga 31 Oktober 2023.

Pemohonannya boleh dibuat secara atas talian (online) di Sistem BAKIPT.

Manakala, kaedah pembayarannya pula akan dilaksanakan oleh Pusat Khidmat DUN/Penyelaras DUN Kawasan kepada pelajar.

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari infomarsi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.