Bantuan BAP RM500 atau Bantuan Anak Pelihara adalah sebuh bantuan yang diberikan bertujuan untuk membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik, yatim / yatim piatu, tidak mempunyai saudara-mara supaya terus tinggal di dalam masyarakat bersama-sama dengan keluarga pelihara.
BAP juga bertujuan untuk meringankan tanggungan keluarga pelihara yang sanggup menjaga anak-anak pelihara seperti anak sendiri.
Bantuan BAP RM500 Bantuan Anak Pelihara
Bantuan Anak Pelihara JKM ini merupakan salah satu daripada bantuan-bantuan lain yang diberikan kepada mana-mana golongan yang layak dan memerlukan.
Kadar bagi BAP ialah minimum sebanyak RM250 sebulan seorang sehingga maksimum sebanyak RM500 sebulan sekeluarga yang memelihara dua (2) orang kanak-kanak atau lebih.
Jumlah Bantuan Am Persekutuan
Jumlah bantuan yang diberikan adalah RM250 sebulan seorang kanak-kanak dan maksimum RM500 sebulan sekeluarga yang memelihara 2 orang kanak-kanak atau lebih
Syarat Kelayakan Permohonan
Syarat kelayakan permohonan adalah seperti berikut:
- Pemohon mestilah Warganegara Malaysia
- Kanak-kanak berumur bawah 18 tahun
- Kanak-kanak yang tidak mempunyai ibu bapa
- Kanak-kanak bukan diambil sebagai anak angkat menerusi Akta Pengangkatan 1952 atau Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952
- Kanak-kanak tinggal bersama dengan keluaraga pelihara melalui:
- Kanak-kanak yang diambil dari ‘Program Anak Pelihara” yang dikendalikan oleh JKM
- Kanak-kanak yang dipelihara di bawah perintah mahkamah bagi kanak-kanak mengikut Akta Kanak-Kanak 2001
Cara memohon
- Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian di seluruh negara:
- Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon
- Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak
- Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian seperti:
- Salinan Kad Pengenalan diri pemohon;
- Salinan Kad Pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama;
- Salinan sijil kelahiran anak-anak/ahli keluarga yang tinggal bersama;
- Salinan penyata gaji (jika ada); dan
- Lain-lain dokumen yang berkaitan
- Pemohon boleh melengkapkan borang berikut:
Dokumen Sokongan:
- Kad pengenalan pemohon
- Salinan kad pengenalan suami/ isteri/ ibu/ bapa/ anak yang tinggal bersama
- Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
- Salinan penyata gaji (jika ada)
- Dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan permasalahan dalam membuat permohonan, anda boleh menghubungi JKM di talian 03-8000 8000 atau hadir terus ke pejabat JKM berhampiran.