BANTUAN BIASISWA YAYASAN SARAWAK

Bantuan Biasiswa Yayasan Sarawak, telah ditubuhkan di bawah Ordinans Yayasan Sarawak sebagai Badan Berkanun Kerajaan Negeri pada tarikh 27 Mei 1971.

Salah satu objektif penubuhan Yayasan Sarawak mengikut Ordinan ialah memberikan biasiswa dan juga pinjaman atau menyediakan bantuan kewangan dalam apa jua bentuk kepada sesiapa sahaja rakyat Sarawak khasnya dan rakyat Malaysia secara amnya, untuk melanjutkan pendidikan di sekolah, maktab, universiti ataupun institusi pengajian tinggi di dalam ataupun di luar negeri, mengikut terma dan syarat yang ditetapkan oleh Lembaga.

Berikut adalah informasi mengenai Bantuan Biasiswa dan Program & Bantuan Yayasan Sarawak.

SENARAI BANTUAN BIASISWA YAYASAN SARAWAK

Berikut merupakan senarai Bantuan Biasiswa Yayasan Sarawak:

  • Biasiswa Yayasan Sarawak Tun Taib
  • Yayasan Biasiswa Sarawak Tunku Abdul Rahman (YBSTAR)
  • Biasiswa Khas Program Perubatan UNIMAS
  • Biasiswa Tempatan Yayasan Sarawak
  • Bantuan Kemasukan ke IPT

MAKLUMAT LANJUT BANTUAN BIASISWA YAYASAN SARAWAK

Untuk maklumat lanjut mengenai kelayakan dan cara memohon Bantuan Biasiswa Yayasan Sarawak, sila layari laman sesawang Yayasan Sarawak di pautan berikut:

SENARAI PROGRAM & BANTUAN YAYASAN SARAWAK

Berikut merupakan senarai Program & Bantuan Yayasan Sarawak:

  • Biasiswa Program Pertukaran Pelajar
  • Program Pendidikan Komuniti
  • Program Bantuan Pakaian Seragam Sekolah
  • Program Perkhidmatan Bas Sekolah Percuma
  • Program HIPERS (Sekolah Luar Bandar Berprestasi Tinggi)
  • Program Bantuan Bahan Bacaan
  • Hadiah Pelajar Cemerlang
  • Anugerah Khas Premier Sarawak (AKPS)
  • Program Kerjasama YS-JPNS

MAKLUMAT LANJUT PROGRAM & BANTUAN YAYASAN SARAWAK

Untuk maklumat lanjut mengenai kelayakan dan cara memohon Program & Bantuan Yayasan Sarawak, sila layari laman sesawang Yayasan Sarawak di pautan berikut:

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top