Bantuan MITRA RM2000

Bantuan MITRA RM2000 yang diterajui oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM) adalah merupakan sebuah unit khas yang bertanggungjawab untuk menangani isu pembangunan sosioekonomi masyarakat India di Malaysia.

Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA), Jabatan Perdana Menteri (JPM) menyasarkan 10,000 pelajar dalam pengajian tahun kedua, ketiga atau tahun akhir pengajian ijazah sarjana muda akan menerima subsidi bayaran yuran semester secara sekali bayar sebanyak RM2,000.

Setakat ini MITRA menerima 5,000 permohonan dan jumlah itu dijangka akan meningkat. Subsidi bayaran itu akan mula disalurkan kepada mahasiswa secara berfasa mulai bulan Ogos 2023.

Dalam satu kenyataan hari ini, Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas MITRA, Datuk Ramanan Ramakrishnan, berkata subsidi bayaran yuran tersebut itu juga akan dibuka kepada pelajar institusi pengajian tinggi swasta (IPTS).

Bantuan MITRA RM2000

Bantuan subsidi ini dapat mengurangkan beban kewangan pelajar dan ibu bapa, khususnya dalam memastikan pengajian tinggi tidak terganggu disebabkan masalah kewangan.

Permohonan secara ‘siapa-cepat-dia-dapat’ mengikut kelayakan yang ditetapkan.

Bantuan kewangan MITRA

KADAR BAYARAN PROGRAM SUBSIDI BANTUAN KEWANGAN MITRA

Berikut merupakan bayaran untuk Program Subsidi Bantuan Pengajian Ijazah Sarjana Muda MITRA:

  • RM2,000 sekali bayar sebelum semester baharu bermula pada September atau Oktober ini

KELAYAKAN PROGRAM SUBSIDI BANTUAN PENGAJIAN IJAZAH SARJANA MUDA MITRA

Berikut merupakan kelayakan untuk Program Subsidi Bantuan Pengajian Ijazah Sarjana Muda MITRA:

  • Warganegara Malaysia berketurunan India;
  • Akan mengikuti pengajian di Tahun Kedua, Ketiga ataupun Tahun Akhir di mana-mana Universiti Awam (UA) dalam negara pada September/ Oktober 2023;
  • Berstatus aktif sebagai pelajar sepenuh masa di Universiti Awam (UA)  pada tahun semasa;
  • Tidak mempunyai masalah disiplin di Universiti Awam (UA);
  • Daripada golongan B40 (Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi RM4,850.00, perlu lampirkan dokumen Sumbangan Tunai Rahmah (STR)/ penyata gaji ibubapa/ eKasih);
  • Mempunyai akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk tujuan pemberian subsidi; dan
  • Tidak disenarai hitam ataupun sedang dalam tindakan undang-undang.

Program Subsidi Bantuan Pengajian Ijazah Sarjana Muda MITRA ini dikhaskan untuk 10,000 pelajar pengajian tahun kedua hingga tahun keempat.

PERMOHONAN PROGRAM SUBSIDI BANTUAN PENGAJIAN IJAZAH SARJANA MUDA MITRA

Berikut merupakan cara permohonan Program Subsidi Bantuan Pengajian Ijazah Sarjana Muda MITRA:

Permohonan lain secara atas talian boleh kunjungi www.mitra.gov.my.

Maklumat Lanjut

Selain program subsidi peringkat pengajian tinggi, Ramanan berkata, MITRA turut menjalankan Program Subsidi Pendidikan Awal Tadika Swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Subsidi ini akan mula disalurkan pada bulan Ogos secara bayaran terus kepada pengusaha-pengusaha tadika.

Untuk maklumat lebih lanjut boleh layari laman web rasmi MITRA DI SINI.

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top