Skip to content

Bantuan Bulanan RM300 atau RM3,600 Setahun

Bantuan Bulanan RM300 atau RM3,600 Setahun dikendalikan oleh sebuah bantuan kewangan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Bantuan dan inisiatif ini telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.

Berikut merupakan maklumat lanjut berkenaan bantuan.

Bantuan Bulanan RM300 atau RM3,600 Setahun

Bantuan bulanan RM300 atau RM3600 setahun ini adalah bantuan kewangan yang diberi nama Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti (BKPKK) yang bertujuan untuk membantu pelajar Kolej Komuniti yang kurang berkemampuan.

Kadar BKPKK melibatkan pemberian kewangan RM300/sebulan untuk dua semester pengajian dengan jumlah keseluruhan RM3,600/setahun (RM1,800 satu semester).

Syarat-syarat Kelayakan

  • Pemohon hendaklah warganegara Malaysia;
  • BKPKK diberikan hanya kepada pelajar Kolej Komuniti peringkat sijil jangka panjang sahaja iaitu yang melibatkan pengajian sekurang-kurangnya 4 semester (peringkat sijil);
  • Pelajar yang layak diberikan BKPKK adalah pelajar yang mempunyai ibubapa/penjaga sah yang berpendapatan kasar bulanan ibubapa sebanyak RM3,000.00 dan ke bawah tanpa tertakluk kepada jumlah tanggungan isi rumah;
  • Menandatangani 2 salinan perjanjian (tanpa penjamin);
  • Mengisi Borang Penyata Pendapatan Bulanan Keluarga;
  • Pelajar tidak dibenarkan mempunyai penaja lain dalam tempoh program.

Cara Memohon

Kepada yang memenuhi syarat-syarat kelayakan BKPKK,  permohonannya boleh dibuat melalui pusat Kolej Komuniti masing-masing.

Akan tetapi, pelajar yang layak menerima bantuan kewangan ini sepanjang setahuna atau dua semester pengajian hendaklah mendapat CGPA minimum 2.0 bagi melayakkan diri untuk menerima bantuan kewangan pada semester kedua.

Jika pelajar tidak mencapai CGPA minima 2.0 pada semester pertama, pemberian bantuan ini akan diberhentikan serta merta kepada mereka.

Maklumat lebih teliti dan lengkap berkenaan bantuan ini boleh dirujuk di Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) DI SINI.

Maklumat Lanjut Berkaitan Bantuan

Untuk melihat lebih maklumat lanjut mengenai bantuan sila klik Link Di Bawah

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.