TARIKH RASMI BAYARAN E-WALLET RM200

Tarikh rasmi bayaran E-Wallet RM200 telah diumumkan melalui notis pengumuman dalam laman rasmi Bajet Belanjawan 2023.

Program e-wallet percuma ini dengan peruntukan RM400 juta yang memberi manfaat kepada 2 juta penerima yang layak.

Program ini khas untuk golongan belia dan ianya hanya boleh ditebus melalui aplikasi tanpa tunai seperti Touch N Go.

Sebarang pengumuman rasmi akan pihak kami kongsikan kepada para pembaca sekalian.

TARIKH RASMI BAYARAN E-WALLET

Tarikh rasmi bayaran e-wallet RM200 akan bermula pada bulan Jun 2023.

Tarikh rasmi bayaran e-wallet

E-WALLET BANTUAN E-TUNAI BELIA RAHMAH

Bantuan e-Tunai Belia Rahmah merupakan langkah bijak yang kerajaan laksanakan dalam membantu golongan belia meringkan beban kos sara hidup yang turut meningkat di kampus.

Ianya juga bertujuannya memudahkan golongan belia membuat transaksi tanpa tunai dan usaha untuk membudayakan pembayaran tanpa tunai dalam kalangan belia.

Ini bertepatan dengan matlamat mempertingkatkan tahap literasi pembayaran digital di bawah Rangka Tindakan (Blueprint) Ekonomi Digital Malaysia.

Bantuan ini adalah sama dengan bantuan yang dilaksanakan oleh kerajaan terdahulu seperti eBelia (2021) dan ePemula (2022).

JUMLAH BAYARAN

Program ini bakal memanfaatkan kepada 2 juta orang belia Malaysia. Setiap belia yang layak akan menerima bayaran berjumlah :

  • RM200

SYARAT KELAYAKAN

Berikur adalah syarat kelayakan yang telah ditetapkan :

  • Bantuan ini diberikan kepada golongan belia sahaja
  • Warganegara Malaysia

Namun pada 7 April lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anuar Ibrahim memberitahu bahawa bantuan ini akan diperluas kepada semua pelajar di universiti tanpa mengira usia pada program Sesi Dialog Bersama Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Sila Klik Pautan  Dialog PM Bersama Mahasiswa UiTM untuk maklumat penuh.

CARA MENEBUS E-TUNAI

Seperti tahun sebelum ini kepada golongan belia yang menepati syarat kelayakan boleh menebus bantuan ini di platform e-dagang pilihan masing-masing seperti :

  • Grabpay 
  • Shopeepay, 
  • Touch n Go ewallet dan 
  • Bigpay. 

Penebusan bantuan e-Tunai Rahmah RM200 ini hanya dibenarkan tebus sekali sahaja.

MAKLUMAT LANJUT

Selain daripada bantuan e-dompet ini, terdapat pelbagai jenis bantuan yang telah dilaksanakan pada tahun ini. Sila layari laman rasmi Bajet 2023 – DI SINI

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top