BANTUAN RM100 SEHINGGA RM350 SEBULAN

Bantuan RM100 sehingga RM350 sebulan untuk satu keluarga adalah sebuah bantuan yang diberikan oleh Kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Bantuan ini dikenali sebagai Bantuan Am Persekutuan, dan bertujuan untuk membantu meringankan beban golongan miskin.

Ia bertujuan untuk membantu menampung perbelanjaan harian klien atau keluarga dengan pemberian bantuan kewangan.

BANTUAN RM100 SEHINGGA RM350 SEBULAN : BANTUAN AM PERSEKUTUAN

Bantuan Am Persekutuan disediakan bertujuan untuk menampung perbelanjaan harian klien atau keluarga dengan pemberian bantuan kewangan sebanyak RM100 sehingga maksimum RM350 sebulan untuk sekeluarga.

Jumlah Bantuan Am Persekutuan

Jumlah Bantuan Am Persekutuan bagi penerima akan mendapat sebanyak :

  • RM100 sebulan seorang dan maksimum RM350 sebulan sekeluarga.

Syarat Kelayakan Permohonan

Syarat kelayakan permohonan adalah seperti berikut:

  1. Pemohon mestilah Warganegara Malaysia
  2. Pemohon adalah golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah jenis bantuan lain.
  3. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan semua
BANTUAN RM100 SEHINGGA RM350 SEBULAN

CARA MEMOHON

Berikut adalah cara untuk membuat permohonan bagi Bantuan Am Persekutuan ini :

Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara. Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

Borang berkaitan:

Dokumen Sokongan:

  1. Kad pengenalan pemohon
  2. Salinan kad pengenalan suami/ isteri/ ibu/ bapa/ anak yang tinggal bersama
  3. Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
  4. Salinan penyata gaji (jika ada)
  5. Dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan

SEMAKAN PERMOHONAN BANTUAN

Kepada anda yang telahpun membuat ataupun sudah menghantar permohonan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat ini, anda bolehlah menyemak akan status permohonan anda melalui portal rasmi yang telah di sediakan bagi memudahkan para pemohon. Berikut adalah cara dan langkah-langkah bagi menyemak status permohonan secara online :

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya Anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai JKM, sila hubungi pihak JKM melalui:

  • Telefon : 03 8000 8000
  • Faks : 03 8323 2045
  • Alamat : Jabatan Kebajikan Masyarakat, Aras 6, 9-18, No 55, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya.

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top