Bantuan i-Fitri RM300 “One-Off” 2023

Bantuan i-Fitri RM300 secara ‘one-off’ tahun 2023, kini permohonan boleh dilakukan. i-Fitri merupakan bantuan khas kepada isi rumah berpendapatan antara RM 2,500 hingga RM 5,000 sebulan.

Bantuan ini disalurkan bagi membantu rakyat B40 dan M40 untuk melakukan persediaan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.

Bagi orang ramai yang berminat, mereka boleh membuat permohonan mulai bermula 19 Mac 2023 sehingga 31 Mac 2023.

Penerima i-Fitri yang telah menerima bantuan pada tahun 2022 LAYAK menerima bantuan bagi tahun 2023 dengan mengemaskini permohonan dan dokumen di dalam sistem i-Bantuan.

Bantuan i-Fitri

Bantuan i-Fitri merupakan bantuan kewangan one-off yang akan disalurkan menjelang Hari Raya Aidil Fitri yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Terengganu.

Bagi tahun 2022, bantuan i-Fitri yang disalurkan bernilai RM300 kepada keluarga miskin dan RM250 kepada isi rumah berpendapatan antara RM2,500 hingga RM5,000 sebulan, manakala bagi tahun ini, bantuan kewangan adalah berjumlah RM300.

Bantuan i-Fitri

Syarat Utama Permohonan i-Fitri

Syarat utama permohonan yang ditetapkan adalah seperti berikut:

  1. Rakyat Terengganu dan menetap di Negeri Terengganu.
  2. Maklumat pemohon mesti ada dalam Sistem Profil Rakyat Terengganu (PRT20)
  3. Pemohon adalah pengundi berdaftar di Terengganu.
  4. Pemohon merupakan Ketua Isi RUmah (KIR) yang mempunyai tanggungan dengan jumlah pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM 2,500.

Syarat Permohonan Baru

Syarat bagi permohonan baru pula adalah seperti berikut:

  1. Permohonan baru hendaklah muatnaik (upload) dokumen berikut ke sistem:

– Salinan Kad Pengenalan/sijil kelahiran pemohon dan tanggungan.

– Salinan Slip Gaji atau slip pence terkini atau Surat Akuan Pendapatan

  1. Pemohon yang tidak mempunyai slip gaji perlu kemukakan Surat Akuan Pendapatan (disahkan oleh Penghulu Mukim atau Pengerusi JPKK).
  2. Pemohon boleh cetak borang permohonan sebagai simpanan dan bukti menyelesaikan permohonan.
  3. Permohonan boleh ditolak sekiranya maklumat tidak benar dan tidak lengkap.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN I-FITRI 2023

  1. Penerima Bantuan i-Fitri tahun 2022 perlu mengemaskini maklumat permohonan dan dokumen di dalam
    sistem i-bantuan dalam tempoh permohonan.
  2. Pemohon merupakan Ketua Isi Rumah (KIR) yang MEMPUNYAI TANGGUNGAN dengan jumlah pendapatan bulanan isi rumah TIDAK MELEBIHI RM2,500.00 sebulan (termasuk gaji dan semua elaun tetap).
  3. Peniaga berlesen adalah TIDAK LAYAK memohon KECUALI pendapatan isi rumah kurang daripada RM2,500.00 sebulan dan di sahkan oleh JPKK.
  4. Semua Penjawat Awam dan lantikan kerajaan yang menerima elaun tetap bulanan adalah TIDAK LAYAK memohon.
  5. Pemohon yang tidak mempunyai slip gaji perlu mengemukakan Surat Akuan Pendapatan yang disahkan oleh Penghulu Mukim atau Pengerusi JPKK.
  6. Pemohon perlu mencetak borang permohonan sebagai simpanan dan bukti menyelesaikan permohonan
  7. PERMOHONAN boleh di tolak sekiranya Maklumat tidak benar dan tidak lengkap

Pemohon Tidak Layak

Untuk bantuan ini, pemohon tidak layak pula adalah seperti berikut:

  1. Peniaga berlesen adalah tidak layak memohon kecuali pendapatan isi rumah kurang daripada RM 2,5000 sebulan (disahkan oleh JPKK).
  2. Semua penjawat awam dan lantikan kerajaan yang menerima elaun tetap bulanan adalah tidak layak memohon.

Kaedah Memohon

Setiap permohonan perlu dibuat menerusi laman web bantuan ini iaitu https://ibantuan.terengganu.gov.my.

Kadar Bantuan i-Fitri 2023

Kadar bantuan yang ditetapkan adalah seperti berikut:

  • RM300 one-off

Bantuan i-Fitri Perantau

Bantuan i-Fitri Perantau akan dibuka bagi rakyat Terengganu yang menetap di luar negeri Terengganu.

Tarikh permohonan adalah bermula pada 6 April hingga 15 April 2023. (Kemaskini)

Rujuk syarat kelayakan bantuan ini seperti di bawah:

SYARAT PERMOHONAN

  1. Rakyat Terengganu dan MENETAP diluar di Negeri Terengganu (PERANTAU).
  2. Pemohon mesti Mengisi dahulu maklumat diri dan keluarga ke dalam Sistem Profil Rakyat
    Terengganu Perantau (PRT20 PERANTAU) (rujuk link)
  3. Pemohon adalah pengundi berdaftar di Terengganu, (Pemohon = KIR atau Pasangan).
  4. Permohonan dibuat secara atas talian (online) melalui sistem i-Bantuan.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN i- FITRI PERANTAU

  1. Pendapatan bulanan isi rumah (Gaji KIR & Pasangan) TIDAK MELEBIHI RM2,500.00 (termasuk gaji dan semua
    elaun).
  2. Semua PENJAWAT AWAM dan LANTIKAN KERAJAAN yang menerima elaun tetap bulanan adalah TIDAK
    LAYAK memohon
  3. PENIAGA BERLESEN adalah TIDAK LAYAK memohon KECUALI pendapatan isi rumah tidak melebihi
    RM2,500.00 sebulan dan di sahkan oleh penghulu, dan pengawai Kerajaan yang berkelayakan di tempat
    tinggal semasa.
  4. Pemohon yang TIDAK mempunyai SLIP GAJI perlu mengemukakan Surat Akuan Pendapatan yang disahkan
    oleh Penghulu Mukim atau Pengerusi JPKK atau Pegawai kerajaan yang berkelayakan
  5. Pemohon perlu mencetak borang permohonan sebagai simpanan dan bukti menyelesaikan permohanan
  6. PERMOHONAN boleh DITOLAK sekiranya Maklumat tidak benar dan tidak lengkap

DOKUMEN LAMPIRAN YANG DIPERLUKAN

Permohonan baru dan penerima i-Fitri 2022 hendaklah memuatnaik dokumen berikut ke sistem i-Bantuan semasa membuat permohonan dan kemaskini profil:

  1. Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan
  2. Salinan slip gaji atau slip pencen terkini atau Surat Akuan Pendapatan pemohon dan pasangan yang disahkan
  3. Salinan Surat Akuan Bermastautin atau Salinan Bil Elektrik atau Air

Tarikh Permohonan

BANTUAN I-FITRI

  • Tarikh permohonan dibuka : 19 Mac 2023
  • Tarikh akhir permohonan: 31 Mac 2023

BANTUAN I-FITRI PERANTAU

  • Tarikh permohonan dibuka : 6 April 2023 (kemaskini terkini)
  • Tarikh akhir permohonan: 15 April 2023

Cara Permohonan

Cara permohonan bantuan i-Fitri adalah secara atas talian.

Permohonan online boleh dibuat melalui pautan https://ibantuan.terengganu.gov.my mulai 19 Mac 2023 manakala pemohon bagi kategori PERANTAU boleh memohon mulai 1 April 2023.

HOTLINE NEGERI :

  • 011- 5368 1120
  • 011- 1526 5561

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut tentang Bantuan i-Fitri ini, sila rujuk Rangkuman Ucapan Belanjawan Terengganu 2023 di SINI.

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top