Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak 2023 1444H Malaysia

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Ramadhan 2023 1444H Seluruh Negeri Malaysia, Jadual tersebut boleh di muat-turun (download) dengan klik link url pautan mengikut nama negeri masing-masing sepertimana yang tertera pada ruangan di yang dikongsikan di bawah.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menerusi portal rasminya akan menerbitkan jadual waktu berbuka Puasa dan Imsak di bulan Ramadhan untuk tahun 2023 (Masihi) bersamaan 1444 (Hijrah) bagi negeri-negeri seluruh Malaysia.

Jadual atau takwim tersebut boleh membantu seluruh umat Islam di seluruh negeri di Malaysia membuat semakan waktu berbuka Puasa dan Imsak semasa menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan Al – Mubarak.

Berikut merupakan jadual dan takwin waktu imsak dan berbuka puasa bagi setiap negeri di Malaysia.

* Tertakluk kepada Pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia

** Tarikh melihat Anak Bulan Syawal tertakluk kepada Pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia

Pautan bagi lampiran Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Bagi Negeri-Negeri Seluruh Malaysia 1444H / 2023M akan disertakan sebaik sahaja pihak JAKIM menerbitkannya untuk edaran umum.

Makan Sahur

Sebaik-baiknya makan sahur atau bersahur ialah yang dilewatkan iaitu hampir dengan waktu Subuh kira-kira 10 minit sebelum azan Subuh

Berikutan ramai yang keliru atau salah faham mengenai masa / waktu Imsak dan apakah tujuannya, sila luangkan sedikit masa dengan menonton video disertakan di bawah bagi mendapatkan penjelasan lanjut

Adab-Adab Dan Sunat Berpuasa

Puasa bukanlah sekadar menahan diri daripada makan dan minum, tetapi juga menahan diri dari melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh Allah SWT samada berupa iktikad, pebuatan atau pertuturan. Sebagai panduan bersama, berikut dikongsikan adab-adab dan sunat ketika berpuasa :-

i) Bersahur dan mengakhirkan sahur

Bersahur adalah merupakan amalan sunat berdasarkah hadith yang diriwayatkan daripada Anas RA bahawa Nabi SAW bersabda maksudnya :-

  • “Bersahurlah kamu kerana sesungguhnya sahur itu ada keberkatan”
  • Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Sahur adalah berkat kerana ianya membantu menguatkan orang yang berpuasa. Waktu bersahur adalah bermula pada pertengahan malam sehingga terbit fajar namun disunatkan mengakhirkan waktu bersahur

Diriwayatkan daripada Zaid bin Thabit bahawa beliau berkata maksudnya :-

  • “Kami telah bersahur bersama Rasulullah SAW, kemudian kami bangkit untuk solat (subuh) dan kadar antara azan (subuh) dan sahur ialah sekadar bacaan lima puluh ayat
  • Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Sesorang itu sudah dikira bersahur walaupun dengan minum seteguk air. Sabda Nabi SAW maksudnya

  • “Sahur itu berkat. maka janganlah kamu tinggalkannya walaupun seorang antara kamu (hanya) meneguk seteguk air

ii) Mempercepatkan berbuka puasa apabila terbenamnya matahari

Sabda Rasulullah SAW maksudnya

  • Kekallah umatku dengan kebaikan sebagaimana mereka mempercepatkan berbuka puasa”
  • Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Begitu juga disunatkan berbuka puasa dengan tamar. Sekiranya tiada tamar maka sunat dengan air. Sunat juga berdoa ketika berbuka. Antara doa Rasulullah SAW ketika berbuka adalah

doa berbuka puasa

iii) Sunat beriktikaf sepanjang bulan Ramadhan

Khususnya pada sepuluh hari terakhir Ramadhan

iv) Tidak melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan kehendak dan tujuan puasa,

v) Tadarus al-Quran

Jibrail AS bertadarus al-Quran dengan Rasulullah SAW pada setiap malam sepanjang bulan Ramadhan

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top