Cara Kemaskini STR Melalui MySTR

Cara kemaskini STR melalui website MySTR kini boleh dilakukan oleh semua pengguna. MySTR merupakan kemudahan secara dalam talian untuk kemas kini permohonan dan semakan STR 2023 bagi pemohon yang mempunyai rekod STR 2023.

Log Masuk MySTR memerlukan ID Pengguna (No. MyKad) dan Kata Laluan yang telah didaftarkan.

Tarikh Kemaskini STR

Menerusi kenyataan yang dikemaskini melalui web rasmi STR 2023, kemaskini data telah boleh dibuat bermula :

  • 1 MAC 2023

Log Masuk MySTR

Maklumat MySTR adalah berdasarkan maklumat MyBKM 2022.

Pendaftaran MySTR

  1. Klik MySTR dan pastikan no MyKad anda merupakan penerima fasa 1 STR 2023
  2. Masukkan Maklumat Keselamatan
  3. Masukkan Kata Kunci Keselamatan dan Kata Laluan
  4. Pendaftaran berjaya

Semakan Bayaran STR 

  1. Klik Log Masuk MySTR
  2. Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  3. Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  4. Masukkan Kata Laluan
  5. Klik Menu Semakan Pembayaran Fasa 1
  6. Maklumat yang akan dipaparkan
    • Nama Pemohon
    • No Mykad Pemohon
    • Status Permohonan
    • Maklumat Pembayaran Fasa 1 (jika layak bayaran fasa 1)

Masalah Log Masuk MySTR

Berikut merupakan antara beberapa masalah yang selalu dihadapi semasa cuba login MySTR:

  1. Portal STR jem, tak boleh masuk
    • Sila ambil maklum bahawa aliran trafik ke portal STR mungkin sangat tinggi dan mengalami kesesakan.
    • Anda mungkin tidak boleh masuk kerana terlalu ramai yang cuba login STR dalam masa yang sama.
    • Kami sarankan anda cuba akses pada waktu malam. Lebih baik lagi, jam 12 tengah malam dan ke atas.
  2. Keluar error “ID pengenalan belum didaftarkan”
    • Sekiranya ini berlaku, ini bermakna anda belum pernah mendaftar untuk Bantuan Keluarga Malaysia, Bantuan Prihatin Nasional atau bantuan-bantuan sebelum ini
    • Anda dikehendaki pergi ke halaman Daftar Akaun untuk mendaftar terlebih dahulu.
    • Untuk panduan ringkas, sila baca cara buat pendaftaran akaun STR
  3. Kata Laluan salah
    • Ada kemungkinan anda terlupa password sebelum ini. Jangan risau. Jika ini berlaku, sila klik link Terlupa Kata Laluan?  sebelum mencuba Log Masuk STR
    • Soalan Keselamatan akan dipaparkan, bermula dengan Soalan Pertama
    • Sila jawab Soalan Keselamatan mengikut jawapan yang anda isikan semasa buat pendaftaran dahulu
    • Klik butang Seterusnya untuk soalan yang seterusnya
    • Jawab kelima-lima Soalan Keselamatan
    • Ikut arahan yang diberikan sehingga selesai
Cara kemaskini STR

PANDUAN PENGGUNA
KEMAS KINI PERMOHONAN STR 2023

  1. Layari portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023
    https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Klik butang Log Masuk bagi membuat Kemas Kini Permohonan.
  3. Masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan yang telah didaftarkan. Jika masih belum
    mendaftar, sila rujuk panduan pengguna – Daftar MySTR 2023
  4. Klik butang Kemas Kini Permohonan setelah berjaya log masuk MySTR.
  5. Lengkapkan Maklumat Pemohon. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
    • (a) Maklumat permohonan akan dipaparkan secara automatik berdasarkan maklumat terkini permohonan yang dihantar secara dalam talian atau berdasarkan permohonan BKM 2022.
    • (b) Kemas Kini ruangan berikut jika ada perubahan maklumat:
      • i. Nombor Telefon Rumah Pemohon
      • ii. Nombor Telefon Bimbit Pemohon
      • iii. Pilihan Pekerjaan
      • iv. Pilihan Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan)
      • v. Pilihan Status Perkahwinan Pemohon:-
        • Kahwin
        • Cerai
        • Kematian Pasangan
        • Bujang
    • vi. Jika pilihan Status Perkahwinan adalah Kahwin atau Cerai atau Kematian
      Pasangan, isikan maklumat Tarikh Status Perkahwinan. Ruangan tarikh ini
      merujuk kepada Status Perkahwinan,
      • Jika Kahwin, masukkan tarikh perkahwinan
      • Jika Cerai, masukkan tarikh perceraian
      • Jika Kematian Pasangan, masukkan tarikh kematian pasangan
        vii. Alamat Surat-Menyurat Pemohon.
      • Maklumat Bandar dan Negeri akan dipaparkan secara automatik
        berdasarkan maklumat Poskod yang diisi.
        viii. Nombor Poskod Pemohon.
        ix. Pilihan Nama Bank Pemohon. Pilihan maklumat Akaun Bank yang masih aktif.
        Rujuk lampiran Senarai Bank.
    • x. Masukkan Nombor Akaun Bank
    • xi. Alamat e-mel
  6. B. Maklumat Pasangan
    • Jika Status Perkahwinan Pemohonan adalah Kahwin, Maklumat Pasangan perlu diisi dengan lengkap. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
    • (a) Pilih Jenis Pengenalan Pasangan
    • No. MyKad / MyPR / MyKAS
    • Sijil Lahir
    • No. Pasport
    • (b) Masukkan Nombor Pengenalan Pasangan.
    • Jika nombor pengenalan pasangan wujud pada data JPN, maklumat Nama
      dan Jantina akan dipaparkan secara automatik dan tidak boleh dipinda.
    • Jika tidak wujud pada data JPN, permohonan tidak boleh diteruskan dan
      paparan berikut akan dipaparkan:
    • Jika jenis pengenalan pasangan adalah Sijil Lahir / No. Pasport, ruangan
      Nama dan Jantina perlu diisi oleh pemohon. Salinan dokumen pengenalan
      pasangan perlu dikemukakan ke LHDNM.
    • Sekiranya maklumat pasangan telah wujud pada permohonan lain,
      permohonan tidak boleh diteruskan. Sila rujuk LHDNM berhampiran.
      (c) Isikan Nombor Telefon Bimbit Pemohon
      (d) Isikan pilihan Pekerjaan
      (e) Isikan pilihan Nama Bank Pemohon. Pilihan maklumat Akaun Bank yang masih
      aktif. Rujuk lampiran Senarai Bank
      (f) Masukkan Nombor Akaun Bank
  7. C. Maklumat Anak
    • i. Jika Status Perkahwinan Pemohonan adalah Kahwin, Maklumat Pasangan perlu diisi dengan lengkap. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
    • ii. Pemakluman mengenai Maklumat Anak
    • iii. Tindakan seterusnya seperti berikut:
    • (a) Masukkan Nombor Pengenalan Anak (MyKad / MyKid sahaja).
    • Jika nombor pengenalan Anak wujud pada data JPN, maklumat Nama dan Umur
      akan dipaparkan secara automatik dan tidak boleh dipinda. Salinan Sijil Kelahiran
      Anak perlu dikemukakan ke LHDNM berhampiran.
    • Jika tidak wujud pada data JPN, maklumat anak tidak boleh diisi.
      (b) Pilih Status Anak
    • Anak Kandung
    • Anak Angkat
      (c) Anak terhad kepada 5 orang sahaja untuk diisi.
  8. D. Maklumat Waris
    • (a) Pilih Maklumat Waris
      • Anak Kandung
      • Anak Angkat
    • (b) Pilih Hubungan
      • Pasangan
      • Ibu/bapa
      • Anak
      • Adik beradik
      • Cucu
    • (g) Pilih Jenis Pengenalan Waris
      • No. MyKad / MyPR / MyKAS / MyKid
      • Sijil Lahir
      • No. Passport
    • (c) Masukkan Nombor Pengenalan waris.
    • (d) Nama waris
      • Jika nombor pengenalan waris wujud pada data JPN, maklumat Nama waris
        akan dipaparkan secara automatik
      • Jika tidak wujud atau jenis pengenalan waris adalah Sijil Lahir / No. Pasport,
        ruangan Nama perlu diisi.
    • (e) Isikan No Telefon Waris.
  9. Klik butang Teruskan setelah semua maklumat diisi dengan lengkap
  10. Seterusnya isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu Pengesahan dan klik butang SAHKAN CAPTCHA
  11. Kemudian paparan Perakuan Pemohon akan dipaparkan. Sila pastikan maklumat yang dipaparkan tepat kemudian Tick butang berkenan
  12. Hantar
    (a) Klik butang Hantar bagi meneruskan permohonan
    (b) Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan berikut akan dipaparkan:
    i. Klik butang Ya jika ingin membuat pendaftaran ID MyBSH. Rujuk Panduan
    Pengguna Daftar MyBSH 2020.
    ii. Klik butang Kemudian jika tidak ingin membuat pendaftaran ID MyBSH.
    iii. Klik butang Cetak jika ingin membuat cetakan salinan permohonan.
  13. Setelah permohonan Berjaya dihantar, paparan pengesahan pemohon akan
    dipaparkan. Pemohon boleh klik butang Cetak jika ingin membuat Cetakan Salinan permohonan.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut berkaitan pembayaran ini boleh dirujuk Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my.

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

1 thought on “Cara Kemaskini STR Melalui MySTR”

  1. Pingback: Bantuan 1 Keluarga RM1500 Untuk Golongan B40 | Mynewskini

Comments are closed.

Scroll to Top