STR Tambahan RM600 Kepada Kategori Ini

STR tambahan RM600 akan diberikan kepada kategori yang dikongsikan dibawah. Tambahan RM600 ini khusus untuk golongan yang berada dalam kategori miskin tegar.

STR singkatan bagi Sumbangan Tunai Rahmah adalah salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup. 

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bantuan bayaran tambahan sebanyak RM600 melalui program Sumbangan Tunah Rahmah (STR) tahun ini. Sedikit informasi dikongsikan di bawah.

STR TAMBAHAN RM600

Berikut adalah kategori penerima yang layak :

  • Kadar tambahan STR berjumlah RM600 dikhususkan kepada penerima isi rumah yang telah dikenal pasti berada dalam kategori miskin tegar. Kelayakan kadar tambahan ini terhad kepada :
    • i. penerima isi rumah yang tersenarai sebagai Miskin Tegar dalam rekod data eKasih
    • ii. mestilah berpendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169 berdasarkan semakan silang agensi pendapatan.

Kerajaan akan memberi sumbangan STR TAMBAHAN berjumlah RM600 kepada kategori isi rumah (miskin tegar) yang wujud pada data e-Kasih, Pejabat Persekutuan Negeri atau Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri dalam bentuk BAKUL MAKANAN serta BAUCER MAKANAN ASAS bernilai RM100 bagi tempoh enam bulan.

SEMAKAN STR TAMBAHAN (E-KASIH)

Berikut adalah cara untuk membuat semakan samada anda layak ataupun tidak bagi menerima STR tambahan ini :

  • Layari portal rasmi e-kasih : https://ekasih.icu.gov.my
  • Masukkan nombor kad pengenalan
  • Tekan butang carian
  • Kepada mereka yang tersenarai di bawah data e-kasih akan dipaparkan maklumat seperti nama, nama KIR, status daftar, negeri dan daerah.

JUMLAH BAYARAN STR 2023

Berikut adalah kadar dan jumlah keseluruhan bayaran STR 2023. Sila rujuk jadual dibawah :

Str tambahan rm600

Kadar Bantuan & Kaedah Penyaluran

Sumbangan ini akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan juga secara baucar untuk barangan makanan asas bernilai RM100 bagi tempoh 6 bulan, berjumlah RM600 secara keseluruhannya.

Tarikh Bantuan

Bantuan tambahan ini akan disalurkan bermula bulan Julai hingga Disember 2023.

Sila rujuk jadual berikut :

Str tambahan rm600
Sumber : https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/str.html

Maklumat Lanjut

Pemohon STR boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my bagi maklumat lanjut.

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top